Ketua Pemuda PPBM diugut ahli parti sendiri

Ketua Pemuda PPBM diugut ahli parti sendiri - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Ketua Pemuda PPBM diugut ahli parti sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Pemuda PPBM diugut ahli parti sendiri
link : Ketua Pemuda PPBM diugut ahli parti sendiri

Baca juga


Ketua Pemuda PPBM diugut ahli parti sendiri

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat laporan polis hari ini, mendakwa menerima mesej ugutan dan kata-kata kesat, susulan tegurannya terhadap perjalanan Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, Sabtu lalu.

Mohd Asyraf Muhammad Asri, 30, yang mengetuai Pemuda PPBM Bahagian Kuantan, berkata beliau menerima mesej selepas kenyataannya disiarkan dalam laporan Buletin Utama TV3 pada malam selepas perhimpunan berkenaan.

Beliau yang membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, mendakwa mesej terbabit dihantar seorang individu dalam PPBM peringkat pusat, dikenali sebagai Mr Zack.

"Dalam mesej itu, Mr Zack turut menyatakan seluruh Malaysia ingin berkenalan dengan saya dan meminta saya 'standby' (berhati-hati)," katanya.

Mohd Asyraf mendakwa, surat itu juga antara lain mengandungi ayat kesat selain menuduhnya terbabit dengan penyalahgunaan dadah serta dikatakan menjadi tali barut parti lawan.

"Saya percaya ugutan dan kecaman itu kerana saya mengeluarkan kenyataan kesal apabila golongan muda tidak berpeluang menyoal berkaitan sebarang isu terkini mengenai kepemimpinan parti (PPBM).

"Dalam temubual (media) itu, saya memberi kenyataan apa sebenarnya berlaku, termasuk isu suara golongan muda seakan disekat dan tiada konsep demokrasi dalam parti," katanya.

Berikutan ugutan yang diterima, Mohd Asyraf berkata, beliau bimbang keselamatan diri dan keluarganya, sekali gus meminta polis menjalankan siasatan menyeluruh serta mengambil tindakan sewajarnya.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Asyraf yang juga perwakilan ke perhimpunan agung sulung parti berkenaan di Shah Alam, Selangor, kesal kerana generasi muda tidak berpeluang menyoal pemimpin parti berkaitan isu terkini.

Beliau juga dilaporkan berkata, suara generasi muda seakan disekat dan tiada konsep demokrasi dalam parti.



Sumber Ketua Pemuda PPBM diugut ahli parti sendiri


Demikianlah Artikel Ketua Pemuda PPBM diugut ahli parti sendiri

Sekianlah artikel Ketua Pemuda PPBM diugut ahli parti sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: