Kes Mengamuk di Balai Polis: Farid Kamil Ditahan Reman 4 Hari

Kes Mengamuk di Balai Polis: Farid Kamil Ditahan Reman 4 Hari - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kes Mengamuk di Balai Polis: Farid Kamil Ditahan Reman 4 Hari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Mengamuk di Balai Polis: Farid Kamil Ditahan Reman 4 Hari
link : Kes Mengamuk di Balai Polis: Farid Kamil Ditahan Reman 4 Hari

Baca juga


Kes Mengamuk di Balai Polis: Farid Kamil Ditahan Reman 4 Hari

Aktor dan pengarah filem terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari hari ini direman empat hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai menampar anggota polis trafik selain menendang dua orang awam di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Lapor Harian Metro, Majistret Zaki Asyraf Zubir mengeluarkan perintah reman terhadap pelakon berusia 37 tahun itu bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Farid yang memakai baju lokap ungu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan menaiki trak polis pada 10.07 pagi sebelum diiiringi anggota polis ke kamar Mahkamah Majistret pada 10.35 pagi untuk prosiding reman berkenaan.

Prosiding itu mengambil masa 15 minit sebelum beliau dibawa keluar pada 10.50 pagi.

Turut kelihatan, adiknya, Fadzil Zahari yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin.

Pada 11 Januari, kira-kira jam 1.20 tengah hari, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Farid dikatakan mengamuk setelah ditunjukkan artikel di telefon bimbit ‘300 Artis Pinjam Ah Long’.

Selain mencederakan polis yang berusia 24 tahun itu, suami kepada pelakon jelita, Datin Diana Danielle, 27, itu dikatakan berkelakuan ganas dengan menendang dua orang awam di lokasi sama.

Difahamkan, sebelum kejadian tercetus di balai polis itu, beliau dikatakan menahan kereta yang dinaiki oleh seorang lelaki berusia 34 tahun di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah Tropicana di Petaling Jaya pada 12.30 tengah hari.



Sumber Kes Mengamuk di Balai Polis: Farid Kamil Ditahan Reman 4 Hari


Demikianlah Artikel Kes Mengamuk di Balai Polis: Farid Kamil Ditahan Reman 4 Hari

Sekianlah artikel Kes Mengamuk di Balai Polis: Farid Kamil Ditahan Reman 4 Hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: