Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat

Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat
link : Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat

Baca juga


Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat

KUALA TERENGGANU: Masalah kerosakan lif yang sering berlaku di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dijangka dapat diatasi secara berperingkat dalam tahun ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata ketika ini terdapat sembilan lif di HSNZ termasuk enam lif untuk orang awam dan masing-masing satu lif diraja, lif barang dan lif untuk kakitangan.

"Daripada jumlah itu, sebanyak empat lif akan diganti baharu dengan peruntukan diluluskan RM1.6 juta melalui Jawatankuasa Pembangunan Persekutuan (JPP) di bawah kelulusan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

"Ia dilakukan melalui dua fasa di mana dua lif untuk fasa satu telah diberi jaminan oleh pihak kontraktor bahawa ia boleh disiapkan pada 10 Jan ini dan dijangka boleh digunakan oleh orang awam sama ada sehari atau dua hari selepas itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat yang disampaikan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Che Kamaruddin Bahar di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Roslee Daud dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar.

Masalah kerosakan lif yang berusia antara 17 hingga 31 tahun di blok utama HSNZ itu sering menjadi rungutan orang ramai dan ia menjadi tular di laman sosial sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata dua lagi lif yang mengalami kerosakan sensor dan komponen pula akan ditukar baharu dalam fasa kedua dan dijangka siap pada Mac depan.

"Selesai kerja penggantian empat lif itu, kerajaan negeri akan berusaha mendapatkan peruntukan untuk menukar baki lima lif dan kesemua sembilan lif ini akan diganti baharu pada tahun ini," katanya.

Bagi melancarkan lagi kerja-kerja naik taraf dua lif yang sedang berjalan sekarang, HSNZ akan mengubah waktu lawatan pesakit pada tengah hari mulai esok sehingga 15 Jan ini iaitu pukul 12.30 hingga 2.30 petang berbanding pukul 12 tengahari hingga 2 petang ketika ini.

Ia bagi memberi laluan kegunaan lif untuk diutamakan kepada troli makanan, ubat, sisa klinikal dan sampah dari wad serta mengelak pertembungan pelawat dengan kakitangan yang bertukar syif pada waktu puncak itu.

Sementara itu, Dr Mohammad berkata orang ramai diharap dapat memberi kerjasama berhubung perubahan waktu melawat itu dan bagi pelawat yang sihat, mereka digalakkan menggunakan tangga bagi mengurangkan kesesakan penggunaan lif.

"Kerosakan lif yang sering berlaku di HSNZ memberi implikasi buruk terhadap perkhidmatan hospital ini seperti kelewatan penghantaran pesakit masuk ke wad dan kecemasan, sampel ujian pesakit ke makmal dan kelewatan kakitangan masuk bertugas.

Dianggarkan antara 3,000 hingga 4,000 pelawat datang ke hospital itu setiap hari," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat


Demikianlah Artikel Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat

Sekianlah artikel Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :