Judul : Keadaan banjir di Pahang terus buruk dengan jumlah mangsa dipindahkan meningkat
link : Keadaan banjir di Pahang terus buruk dengan jumlah mangsa dipindahkan meningkat
Keadaan banjir di Pahang terus buruk dengan jumlah mangsa dipindahkan meningkat
Pahang merupakan negeri paling teruk terjejas dengan penambahan jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 1,331 orang, berbanding 677 mangsa, tengah hari Selasa.
Kesemua 375 keluarga itu kini ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Kuantan dan Rompin.
Selepas Kuantan dan Rompin dilanda banjir, Pekan kini bersiap sedia untuk menghadapi bencana itu berikutan paras air di beberapa batang sungai di kawasan Hulu Pahang kini mencecah paras amaran dan dalam keadaan trend terus meningkat.Di Johor, 373 mangsa banjir masih ditempatkan di beberapa pusat pemindahan di Kota Tinggi dan Mersing.
Kota Tinggi merupakan kawasan yang teruk terjejas di Johor dengan tujuh pusat pemindahan dibuka di daerah itu.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 343 orang malam tadi.
Selain Dungun, daerah Kemaman merupakan kawasan terbaharu dilanda banjir dengan tiga pusat pemindahan dibuka.
Di Sabah, 288 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan di negeri itu, manakala banjir di Kelantan beransur pulih dengan hanya 70 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan.
Dalam pada itu, beberapa sekolah di Pahang, Sarawak dan Johor dijangka terus ditutup hari ini berikutan banjir.
Sumber Keadaan banjir di Pahang terus buruk dengan jumlah mangsa dipindahkan meningkat