Judul : Jabatan Imigresen tidak pernah halang kanak-kanak bukan warganegara bersekolah
link : Jabatan Imigresen tidak pernah halang kanak-kanak bukan warganegara bersekolah
Jabatan Imigresen tidak pernah halang kanak-kanak bukan warganegara bersekolah
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata semua kanak-kanak berstatus demikian dibenarkan mendaftar ke sekolah apabila semua dokumen yang diperlukan Kementerian Pendidikan lengkap.
"Sekali lagi saya menegaskan bahawa Jabatan Imigresen tidak pernah mengeluarkan sebarang pekeliling yang menghalang kanak-kanak tanpa warganegara memasuki persekolahan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Seremban yang dihalang bersekolah kerana tidak memiliki pasport yang didakwa polisi baharu Jabatan Imigresen.
Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan dilaporkan sudah memberi pas khas kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai G Darshana itu untuk menghadiri sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya di Seremban, hari ini.
-- BERNAMA
Sumber Jabatan Imigresen tidak pernah halang kanak-kanak bukan warganegara bersekolah
Demikianlah Artikel Jabatan Imigresen tidak pernah halang kanak-kanak bukan warganegara bersekolah
Sekianlah artikel Jabatan Imigresen tidak pernah halang kanak-kanak bukan warganegara bersekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.