Judul : Hos terlebih ramah, wanita berusia buka hal peribadi
link : Hos terlebih ramah, wanita berusia buka hal peribadi
Hos terlebih ramah, wanita berusia buka hal peribadi
Hos program masakan Wanns Ahmad kurang senang berikutan wanita berusia bercerita masalah peribadi kepadanya. — Foto ihsan Instagram/Wanns Ahmad OfficialKUALA LUMPUR 2 Jan — Beberapa wanita berusia cuba mendekati hos program masakan Aroma Tradisi untuk “kenal lebih rapat”.
Wanns Ahmad, 26 tahun, mulanya menyangka mereka, melalui media sosial, hanya mahu mendapatkan info tambahan mengenai menu setiap episod di TV3, lapor Utusan Online.
“Namun, lama-kelamaan timbul situasi yang kurang menyenangkan apabila ada antara mereka yang cuba berbual mengenai peribadi,” katanya.
“Tanpa ditanya, pelbagai masalah yang dikongsi termasuklah isu rumah tangga”.
Wanns, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan, tidak pasti sebab mereka “begitu terbuka” bercerita kepadanya dan beliau cuba mengelak dengan “menukar” topik perbualan.
“Mungkin saya terlebih ramah agaknya,” kata penyanyi Terus Mencintaimu, berseloroh.
Sumber Hos terlebih ramah, wanita berusia buka hal peribadi