Garis panduan hukuman pelajar di peringkat akhir

Garis panduan hukuman pelajar di peringkat akhir - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Garis panduan hukuman pelajar di peringkat akhir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Garis panduan hukuman pelajar di peringkat akhir
link : Garis panduan hukuman pelajar di peringkat akhir

Baca juga


Garis panduan hukuman pelajar di peringkat akhir

JOHOR BAHRU: Proses penambahbaikan terhadap garis panduan kaedah hukuman terhadap pelajar sekolah yang melakukan salah laku kini di peringkat akhir.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, berkata kementerian sentiasa terbuka menerima pandangan dan cadangan untuk kepentingan semua pihak.

"Kementerian juga sentiasa mengalu-alukan cadangan, pandangan dan segala penambahbaikan untuk kebaikan semua termasuk guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gelang Patah, di sini hari ini.

Kamalanathan diminta mengulas gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) untuk Kementerian Pendidikan mengeluarkan pekeliling baharu berhubung kaedah hukuman yang dibenarkan ke atas pelajar.

Sebelum ini, Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock, berkata kajian semula perlu dibuat ke atas Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8 yang dikeluarkan bagi memberi maklum kepada guru mengenai bentuk hukuman yang dilarang ke atas pelajar yang melakukan salah laku di luar Peraturan-Peraturan Pelajaran seperti berkeliaran dan bising di dalam kelas.

Berhubung lawatan ke SJKT Gelang Patah yang menyaksikan seramai 37 murid memasuki alam persekolahan Tahun Satu, Kalamanathan berkata beliau berpuas hati dengan kerjasama rapat antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).

"Sebagai contoh pengurusan sekolah telah menggunakan bantuan diberikan kerajaan dengan menyediakan infrastruktur lengkap seperti menaik taraf bumbung, membaiki tandas dalam usaha mewujudkan sesi pembelajaran kondusif untuk murid," katanya. - BERNAMA



Sumber Garis panduan hukuman pelajar di peringkat akhir


Demikianlah Artikel Garis panduan hukuman pelajar di peringkat akhir

Sekianlah artikel Garis panduan hukuman pelajar di peringkat akhir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: