Dua beranak terselamat dalam kebakaran

Dua beranak terselamat dalam kebakaran - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Dua beranak terselamat dalam kebakaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua beranak terselamat dalam kebakaran
link : Dua beranak terselamat dalam kebakaran

Baca juga


Dua beranak terselamat dalam kebakaran

ALOR SETAR: "Biasanya saya dan anak bongsu, Muhammad Irfan Ilham Mohd Ismail, 2 tahun, tak ikut suami keluar berniaga dan hanya duduk di bilik sewa di rumah ini tetapi hari ni anaknya itu tergerak hati nak ikut”.

Nada lega itu diceritakan Anifah Malek, 35 tahun, yang bersyukur kerana dia dan anaknya terselamat dalam kebakaran pagi tadi.

Anifah berkata, dia hanya menyedari rumah sewa di Lorong Panglima itu musnah selepas melihat banyak nombor panggilan tidak dijawab pada telefon bimbitnya ketika hendak pulang berniaga cakera padat digital (DVD) di pasar tani Bukit Pinang dekat Langgar di sini.

Malah, penyewa lain di rumah itu turut menyangka dia berada di rumah bersama anaknya dan menganggap dia dan anaknya terperangkap dalam kebakaran tersebut.

"Mereka ingat kami kat dalam selalunya suami saya keluar berniaga pagi kami tak ikut tetapi pagi ini macam mana hati saya tergerak hendak ikut suami pergi berniaga," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambah Anifah, ketika kejadian anak sulungnya, Muhammad Ikram Ilham Mohd Ismail, 9 tahun, berada di Sekolah Kebangsaan Langgar.

Sementara itu, menurut Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Abdul Jalil Ishak, sebaik sahaja tiba pihaknya terkejut selepas dimaklumkan pemilik rumah terdapat seorang mangsa iaitu kanak-kanak lelaki terperangkap dalam sebuah bilik di rumah itu.

"Kita telah mengarahkan anggota penyelamat mencari keluarga kanak-kanak yang didakwa itu sebelum ibu mangsa memaklumkan anak lelakinya ada bersama wanita tersebut," katanya.

Abdul Jalil berkata, api berjaya dikawal pada pukul 11.24 pagi dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan.



Sumber Dua beranak terselamat dalam kebakaran


Demikianlah Artikel Dua beranak terselamat dalam kebakaran

Sekianlah artikel Dua beranak terselamat dalam kebakaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: