Curi kabel: TM rugi anggaran RM6 juta, 11 individu ditahan

Curi kabel: TM rugi anggaran RM6 juta, 11 individu ditahan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Curi kabel: TM rugi anggaran RM6 juta, 11 individu ditahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Curi kabel: TM rugi anggaran RM6 juta, 11 individu ditahan
link : Curi kabel: TM rugi anggaran RM6 juta, 11 individu ditahan

Baca juga


Curi kabel: TM rugi anggaran RM6 juta, 11 individu ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai teknik Telekom Malaysia (TM) antara 11 individu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa sehingga mengakibatkan syarikat itu mengalami kerugian bernilai antara RM4 juta hingga RM6 juta bagi tahun 2016 dan Mac lepas.

Menurut sumber, kesemua suspek disyaki bersubahat dan terbabit  mengemukakan 55 dokumen 'Maintenance Order' dan surat kebenaran mengambil kabel mengandungi butiran palsu kepada syarikat telekomunikasi itu.

Menurutnya, kesemua dokumen itu dipercayai bertujuan untuk mengeluarkan kabel daripada gudang syarikat telekomunikasi berkenaan.

Sumber itu berkata pegawai TM berusia 40 tahun itu ditahan di Taman Puncak Utama, Kajang.

Turut ditahan tiga pemilik syarikat kontraktor, seorang subkontraktor, seorang bekas pekerja syarikat telekomunikasi, tiga bekas pemandu syarikat kontraktor, seorang ahli perniagaan dan seorang pengarah syarikat.

Menurut sumber itu, ahli perniagaan dan pengarah syarikat yang ditahan  itu disyaki bersubahat dengan kakitangan TM dan menerima rasuah bagi membawa  keluar 'drop fiber' milik syarikat telekomunikasi itu untuk dijual.

Tangkapan berkenaan dilakukan di beberapa lokasi antaranya di Batu Caves, Damansara Damai dan Seri Kembangan di sini  antara jam 2 petang dan 6.30 petang Rabu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, ketika dihubungi, mengesahkan kesemua tangkapan itu dan berkata kesemua suspek akan direman pada Khamis untuk membantu siasatan.

-- BERNAMA



Sumber Curi kabel: TM rugi anggaran RM6 juta, 11 individu ditahan


Demikianlah Artikel Curi kabel: TM rugi anggaran RM6 juta, 11 individu ditahan

Sekianlah artikel Curi kabel: TM rugi anggaran RM6 juta, 11 individu ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: