Banjir, pusat pemindahan dibuka di Kuantan

Banjir, pusat pemindahan dibuka di Kuantan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Banjir, pusat pemindahan dibuka di Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banjir, pusat pemindahan dibuka di Kuantan
link : Banjir, pusat pemindahan dibuka di Kuantan

Baca juga


Banjir, pusat pemindahan dibuka di Kuantan

Sebuah pusat pemindahan dibuka di Dewan Orang Ramai Sri Damai berikutan banjir akibat hujan lebat sejak tengah hari, 1 Januari 2018. — Foto ihsan Facebook/Warga Kampung Sri Damai, Kuantan PahangSebuah pusat pemindahan dibuka di Dewan Orang Ramai Sri Damai berikutan banjir akibat hujan lebat sejak tengah hari, 1 Januari 2018. — Foto ihsan Facebook/Warga Kampung Sri Damai, Kuantan PahangKUANTAN, 1 Jan — Sebuah pusat pemindahan dibuka di Dewan Orang Ramai Sri Damai, di sini pada 5 petang tadi dengan menempatkan tujuh mangsa daripada dua keluarga setelah kediaman mereka dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat yang berterusan sejak tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri Kolonel (PA) Zainal Yusof berkata kesemua mangsa dipindahkan dengan bantuan APM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Bantuan awal seperti bekalan makanan dan barangan keperluan asas lain sudah diagihkan oleh wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata hujan berterusan di Jerantut sejak Jumaat lalu turut menyebabkan dua kampung di daerah itu terputus hubungan selepas jalan utama ke kampung terbabit dinaiki air pagi tadi.

"Ia menjejaskan enam rumah di Kampung Teresek dan empat rumah di Kampung Belebar. Hingga kini mereka masih berada di kediaman masing-masing dan proses untuk menghantar bantuan seperti bekalan makanan sedang dilakukan," katanya.

Cuaca buruk itu turut menyebabkan beberapa paras air sungai utama iaitu Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Sungai Kuantan di Bukit Kenau serta Sungai Pahang di Sungai Yap dan Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Jerantut telah melebihi paras waspada dan terus mencatatkan peningkatan.

Sementara itu tinjauan Bernama turut mendapati beberapa jalan utama di bandar ini turut dilimpahi air termasuk Jalan Kuantan-Gambang yang dinaiki air sedalam 0.8 meter sepanjang 150 meter, menyebabkan berlaku sedikit kesesakan apabila satu lorong terpaksa ditutup untuk lalu lintas.

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran cuaca (buruk) iaitu hujan lebat beserta angin kencang di negeri Pahang (Kuantan, Maran, Bera) dan amaran cuaca (waspada) iaitu hujan lebat beserta angin kencang di Jerantut, Temerloh dan Bentong hingga esok. — Bernama



Sumber Banjir, pusat pemindahan dibuka di Kuantan


Demikianlah Artikel Banjir, pusat pemindahan dibuka di Kuantan

Sekianlah artikel Banjir, pusat pemindahan dibuka di Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: