48 keluarga terima bantuan baiki rumah di Hulu Kinta

48 keluarga terima bantuan baiki rumah di Hulu Kinta - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 48 keluarga terima bantuan baiki rumah di Hulu Kinta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 48 keluarga terima bantuan baiki rumah di Hulu Kinta
link : 48 keluarga terima bantuan baiki rumah di Hulu Kinta

Baca juga


48 keluarga terima bantuan baiki rumah di Hulu Kinta

Gambar ihsan pejabat DUN Hulu Kinta

IPOH: Seramai 48 ketua keluarga sekitar Parlimen Tambun yang berdaftar di bawah Program E-Kasih dipilih menerima bantuan Program Baik Pulih Rumah bagi membaiki kediaman masing-masing yang uzur.

Program dengan pembiayaan RM480,000 menerusi Projek Touch Points, Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu dianjurkan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah serta Ketua Kampung Mukim Tambun.

Setiap penerima bantuan program berkenaan akan menerima RM10,000 dan peruntukan digunakan untuk melakukan kerja baik pulih kediaman mereka yang sudah rosak dan uzur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah, berkata program mesra rakyat itu diadakan bertujuan membantu dan mengurangkan beban rakyat di sekitar kawasan berkenaan yang berdepan masalah membaikpulih rumah mereka yang rosak serta uzur kerana kekangan kewangan.

"Menerusi program berkenaan, rakyat yang dipilih untuk menerima bantuan seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diterima di bawah pemerintahan kerajaan," katanya.

Beliau berkata ketika berucap pada majlis itu yang turut dihadiri 48 penerima berkenaan di Dewan Sri Berjaya, Tanjung Rambutan dekat sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Aminuddin turut menyampaikan sumbangan kepada 29 murid sekolah bagi membantu persekolahan yang bermula pada hari ini.

Katanya, bantuan berkenaan adalah bagi membantu dan meringankan beban kewangan keluarga murid terbabit.

tamat



Sumber 48 keluarga terima bantuan baiki rumah di Hulu Kinta


Demikianlah Artikel 48 keluarga terima bantuan baiki rumah di Hulu Kinta

Sekianlah artikel 48 keluarga terima bantuan baiki rumah di Hulu Kinta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: