22 tahun jadi PM, Dr M pinggir kaum India, kata MyPPP

22 tahun jadi PM, Dr M pinggir kaum India, kata MyPPP - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 22 tahun jadi PM, Dr M pinggir kaum India, kata MyPPP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 22 tahun jadi PM, Dr M pinggir kaum India, kata MyPPP
link : 22 tahun jadi PM, Dr M pinggir kaum India, kata MyPPP

Baca juga


22 tahun jadi PM, Dr M pinggir kaum India, kata MyPPP

Tan Sri M Kayveas berkata pemimpin pembangkang dilihat hanya diperbodohkan Dr Mahathir yang menyokongnya untuk menjadi calon perdana menteri. ― Foto oleh Yusof Mat IsaTan Sri M Kayveas berkata pemimpin pembangkang dilihat hanya diperbodohkan Dr Mahathir yang menyokongnya untuk menjadi calon perdana menteri. ― Foto oleh Yusof Mat IsaCAMERON HIGHLANDS, 11 Jan ― Pencapaian masyarakat India di negara ini di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jauh lebih baik berbanding ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui kepimpinan negara selama 22 tahun, kata Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas.

Beliau berkata semasa di bawah pemerintahan perdana menteri keempat itu dari 1981 sehingga 2003, masyarakat India sering dipinggirkan dalam agenda pendidikan, ekonomi dan pembangunan negara.

“Masyarakat India tidak boleh terima dan (perlu) menolak sepenuhnya Dr Mahathir (sebagai calon perdana menteri) kerana apa yang beliau lakukan semasa pemerintahannya memberi kesan yang tidak baik terhadap masyarakat India.

“Beliau (Dr Mahathir) tidak pernah mempedulikan dan meminggirkan pembangunan sekolah, usahawan, kuil, NGO serta parti politik masyarakat India," katanya kepada Bernama selepas menyerahkan buku latihan dan kalendar kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kuala Terla di sini, hari ini.

Sebanyak 400 buku latihan dan kalendar diberikan kepada lapan buah sekolah di sekitar kawasan Cameron Highlands.

Pada Ahad lepas Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai calon perdana menteri jika pakatan itu memenangi pilihan raya umum ke-14, manakala Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.

Mengulas lanjut, Kayveas berkata pemimpin pakatan pembangkang dilihat hanya diperbodohkan dan dipermainkan oleh Dr Mahathir yang menyokongnya untuk  menjadi calon perdana menteri.

“Jika dahulu pemimpin pembangkang kata Dr Mahathir seorang diktator dan perlu letak jawatan kerana memerintah negara terlalu lama tetapi sekarang mereka mencalonkan semula beliau sebagai perdana menteri.

“Saya sebagai ahli politik pun tidak faham dengan keikhlasan dan kejujuran pembangkang yang dilihat sering mengubah taktik dalam berpolitik dan rakyat sendiri dapat melihat permainan kotor politik pembangkang ini," katanya. ― Bernama



Sumber 22 tahun jadi PM, Dr M pinggir kaum India, kata MyPPP


Demikianlah Artikel 22 tahun jadi PM, Dr M pinggir kaum India, kata MyPPP

Sekianlah artikel 22 tahun jadi PM, Dr M pinggir kaum India, kata MyPPP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: