2 ditahan dalam skim pelaburan kucing babit kerugian RM1.56 juta

2 ditahan dalam skim pelaburan kucing babit kerugian RM1.56 juta - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 2 ditahan dalam skim pelaburan kucing babit kerugian RM1.56 juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2 ditahan dalam skim pelaburan kucing babit kerugian RM1.56 juta
link : 2 ditahan dalam skim pelaburan kucing babit kerugian RM1.56 juta

Baca juga


2 ditahan dalam skim pelaburan kucing babit kerugian RM1.56 juta

Mangsa diperdaya 'membeli' kucing baka import berharga RM7,000 hingga RM30,000 di kedai haiwan itu untuk dibiak dan mereka akan menerima ganjaran lumayan 70% daripada hasil jualan anak kucing.

Cat-investment-scam-exposedSHAH ALAM: Polis menahan pemilik dan pengurus sebuah kedai haiwan berhubung kes penipuan skim pelaburan kucing di 3 negeri melibatkan kerugian RM1.56 juta selepas serbuan ke atas premis itu di sini, hari ini.

Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, SAC S Sasikala Devi berkata, 2 lelaki berumur 55 dan 34 tahun itu berada di premis terbabit semasa serbuan dan mereka ditahan ekoran laporan polis dibuat 35 mangsa.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu juga dipercayai individu bertanggungjawab menyebarkan maklumat mengenai skim pelaburan kucing berkenaan sejak syarikat itu beroperasi tahun lepas.

Menurut Sasikala Devi, modus operandi skim pelaburan itu ialah memperdaya mangsa “membeli” kucing baka import di kedai terbabit untuk dibiak dan mereka akan menerima ganjaran lumayan sebanyak 70% daripada hasil jualan anak kucing tersebut.

“Mangsa diperdaya ‘membeli’ kucing baka import antaranya ‘Mainecoon’, ‘British Short Hair’ atau ‘Pedigree’ pada harga RM7,000 hingga RM30,000 mengikut jenis untuk dibiakkan dengan kucing baka lain di premis itu.

“Namun selepas setahun, hasil jualan anak-anak kucing baka import yang dijanjikan lumayan itu tidak diterima mangsa menyebabkan mereka tampil membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, 2 lagi cawangan premis tersebut di Johor Bahru dan Setapak, Kuala Lumpur turut diserbu serentak hari ini, namun premis di ibu negara itu didapati ditutup sejak 2 bulan lepas.

“Hasil serbuan di 2 premis itu, polis merampas pelbagai dokumen termasuk sijil baka kucing sebagai rujukan kerana setiap kucing yang terlibat dalam skim itu dipakaikan mikrocip yang mengandungi maklumat haiwan tersebut.

“Polis percaya masih ramai pemilik kucing diperdaya menerusi skim ini dan mangsa disaran tampil membantu siasatan kes penipuan berkenaan kerana kedai haiwan ini difahamkan ada beberapa lagi cawangan, namun hanya mangsa dari 3 premis itu saja yang buat laporan.”

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber 2 ditahan dalam skim pelaburan kucing babit kerugian RM1.56 juta


Demikianlah Artikel 2 ditahan dalam skim pelaburan kucing babit kerugian RM1.56 juta

Sekianlah artikel 2 ditahan dalam skim pelaburan kucing babit kerugian RM1.56 juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: