Judul : Tindakan Pahang tidak hormati AFC: De Roo
link : Tindakan Pahang tidak hormati AFC: De Roo
Tindakan Pahang tidak hormati AFC: De Roo
KUALA LUMPUR: Keputusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menolak tawaran beraksi dalam saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim depan disifatkan sebagai tidak menghormati badan induk berkenaan.
Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Peter De Roo menerusi akaun Facebook rasmi badan induk itu - Football Association of Malaysia (Official), sebentar tadi.
"Kami mahu bola sepak lebih berkembang di pentas antarabangsa untuk mendapatkan pendedahan lebih banyak lagi pada peringkat tertinggi. Bagaimanapun adalah sukar untuk kami melangkah jauh jika ada pasukan yang tidak mengambil berat pertandingan antarabangsa.
"Mereka hanya mahu bermain dalam pertandingan domestik seperti dilakukan pasukan Pahang. Inilah realiti bola sepak tanah air. Tidak pernah dalam hidup saya melihat mana-mana pasukan dalam dunia menolak peluang bermain di peringkat antarabangsa.
"Tindakan menarik diri dari pertandingan AFC menunjukkan pasukan Pahang tidak menghormati AFC selain boleh menjejaskan ranking negara dan hubungan baik yang terjalin antara FAM dan AFC," kata De Roo.
Semalam, PBNP menerusi Setiausaha Agungnya, Norlia Abdul Manaf berkata, pihaknya mengambil keputusan menolak tawaran FAM bertanding Piala AFC bagi membolehkan pasukan itu memberi sepenuh perhatian kepada saingan Liga Malaysia musim 2018.
Sumber Tindakan Pahang tidak hormati AFC: De Roo