Judul : Tavecchio didakwa lakukan gangguan seksual
link : Tavecchio didakwa lakukan gangguan seksual
Tavecchio didakwa lakukan gangguan seksual
ROM: Carlo Tavecchio yang melepaskan jawatan sebagai Presiden Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC), kini didakwa melakukan gangguan seksual oleh bekas eksekutif badan induk itu.
Wanita yang dikenali sebagai 'Mary' menggambarkan kejadian itu ketika pertemuannya dengan Tavecchio di ibu pejabat FIGC di sini.
"Saya pergi ke pejabatnya untuk berbincang mengenai bola sepak.
"Beliau langsung tidak berikan saya masa untuk bertanya khabar, sebaliknya terus memandang dan berkata: "Kamu kelihatan menarik, saya boleh lihat yang kamu begitu aktif dalam aktiviti seks. Datang ke sini dan biar saya sentuh payu dara kamu."
"Saya malu. Saya cuba untuk menyuruhnya supaya berhenti. Tetapi reaksinya adalah bertindak menutup tirai pejabat."
Tavecchio, 74, melepaskan jawatan Presiden FIGC selepas Itali gagal layak ke Piala Dunia tahun depan selepas tewas kepada Sweden pada aksi playoff.
Mary berkata dia mengambil keputusan untuk tampil selepas menyedari Tavecchio yang meletak jawatan, langsung tidak menunjukkan sebarang tanda untuk tidak lagi terbabit dalam sukan ini.
"Apabila saya difahamkan yang Tavecchio masih berminat untuk menggalas tanggungjawab lain, tanpa ragu-ragu saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya tampil bercakap mengenainya," katanya. - AFP
Sumber Tavecchio didakwa lakukan gangguan seksual