Pindaan Dasar Dadah Negara: Orang ramai digesa beri pendapat

Pindaan Dasar Dadah Negara: Orang ramai digesa beri pendapat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pindaan Dasar Dadah Negara: Orang ramai digesa beri pendapat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pindaan Dasar Dadah Negara: Orang ramai digesa beri pendapat
link : Pindaan Dasar Dadah Negara: Orang ramai digesa beri pendapat

Baca juga


Pindaan Dasar Dadah Negara: Orang ramai digesa beri pendapat

NILAI: Orang ramai digesa memberi pandangan untuk pindaan Dasar Dadah Negara menerusi laman sesawang Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bermula hari ini sehingga 30 Nov, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata pindaan terhadap dasar itu yang telah dipersetujui dalam mesyuarat jemaah menteri pada 10 Mac lepas akan menjadi panduan utama dalam usaha memerangi dadah di negara ini.

"(Pindaan) Dasar itu adalah usaha bagi menangani masalah berkaitan dadah secara holistik dan komprehensif yang merangkumi lima teras utama iaitu pencegahan, rawatan dan pemulihan; penguatkuasaan; pengurangan kemudaratan dan kerjasama antarabangsa.

"Justeru kita memerlukan penglibatan orang ramai untuk beri maklumat atau pandangan mereka berhubung dasar ini yang mungkin boleh diambil kira dan dirumuskan AADK, sebelum ia (Dasar Dadah Negara (Pindaan) dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikan selepas majlis perasmian Konvensyen Penyelidikan Dadah Kebangsaan dan Seminar Masyarakat Pemangkin Kepulihan di Universiti Islam Sains Malaysia.

Nur Jazlan berkata pindaan Dasar Dadah Negara dirangka lebih komprehensif, antara lain melibatkan pengkhususan penguatkuasaan antara pihak polis dan AADK.

"Kalau dahulu aktiviti penguatkuasaan dadah ada dua laluan, satu laluan polis di mana penagih dadah itu ditangkap, didakwa dan masuk penjara manakala AADK terlibat dengan aktiviti tangkap dan pemulihan melalui Klinik Cure.

"Namun untuk dasar yang baharu ini (pindaan), polis akan memberi tumpuan kepada aktiviti pengedaran manakala AADK lebih kepada aktiviti pemulihan penagih sehingga mereka kelak dapat dikembalikan semula ke pangkuan masyarakat," katanya.

Nur Jazlan berkata dijangkakan kadar pengangguran pada masa akan datang akan meningkat disebabkan penggunaan teknologi dan robot dalam sektor pekerjaan yang akan mengubah sosio-ekonomi keluarga.

"Bila sektor pekerjaan diambil alih oleh teknologi dan robot maka generasi akan datang sama ada yang berpendidikan mahupun tidak mereka tiada kerja serta mengalami tekanan seterusnya bersikap eskapisme dan keadaan ini berpotensi mendedahkan mereka untuk mengambil dadah. Justeru, langkah-langkah yang berkaitan perlulah digerakkan dari sekarang," katanya.

Mengikut statistik terkini ADDK, sebanyak 11,733 orang dikesan terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dari Januari hingga Jun tahun ini.

Daripada jumlah itu, golongan belia berumur 19 hingga 39 tahun direkodkan sebagai penagih tertinggi dengan sejumlah 8,510 diikuti golongan dewasa berusia 40 tahun ke atas sebanyak 2,980 dan golongan remaja berusia 13 hingga 18 tahun sebanyak 243.

-- BERNAMA



Sumber Pindaan Dasar Dadah Negara: Orang ramai digesa beri pendapat


Demikianlah Artikel Pindaan Dasar Dadah Negara: Orang ramai digesa beri pendapat

Sekianlah artikel Pindaan Dasar Dadah Negara: Orang ramai digesa beri pendapat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :