Mangsa banjir belum dibantu, rujuk pejabat daerah

Mangsa banjir belum dibantu, rujuk pejabat daerah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mangsa banjir belum dibantu, rujuk pejabat daerah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mangsa banjir belum dibantu, rujuk pejabat daerah
link : Mangsa banjir belum dibantu, rujuk pejabat daerah

Baca juga


Mangsa banjir belum dibantu, rujuk pejabat daerah

Sukarelawan komuniti Tzu Chi mencuci lumpur di sebuah rumah di Kampung Sheikh Madar. — Foto oleh KE OoiSukarelawan komuniti Tzu Chi mencuci lumpur di sebuah rumah di Kampung Sheikh Madar. — Foto oleh KE OoiTASEK GELUGOR, 8 Nov — Mangsa banjir di Pulau Pinang yang tidak berpindah ke pusat pemindahan diminta segera mendaftar di Pejabat Daerah dan Tanah di daerah masing-masing bagi memudahkan proses penyaluran bantuan.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Abdul Rashid Harun berkata sukar untuk pihak berkaitan menyalurkan bantuan jika tiada maklumat daripada mangsa kerana bantuan kebiasaannya tertumpu kepada mangsa yang berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan.

“Bantuan boleh disalurkan kepada semua mangsa dengan syarat mereka perlulah memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab seperti Pejabat Daerah dan Tanah di kawasan masing-masing dan jawatankuasa bencana.

“Kami tidak pernah mengabaikan bantuan untuk mangsa yang tidak berpindah ke pusat pemindahan,” katanya hari ini ketika diminta mengulas dakwaan mangsa banjir yang tidak berpindah ke pusat pemindahan bahawa mereka tidak menerima sebarang bantuan.

Penduduk di Kampung Nyior Sebatang, di sini, Rosmawati Hussin, 37, berkata beliau sekeluarga tidak berpindah kerana jalan untuk keluar dan masuk ke rumah mereka ditutup dan penempatan di pusat pemindahan yang di sediakan di kawasan itu juga telah penuh.

“Rumah kami terkepung dengan air banjir sejak hari Ahad lagi, memang tak boleh nak ke mana sebab jalan pun ditutup jadi saya dan keluarga tinggal di tingkat dua rumah kami.Tapi bila air surut saya ada ke pusat penempatan tapi sudah penuh.

“Tapi hari ini saya sekali lagi pergi pusat pemindahan dan tanya berkenaan bantuan untuk kami. Pegawai di situ maklumkan hanya mereka yang tinggal di sana sahaja akan dapat bantuan.. .yang duduk di rumah atau menumpang di  mana-mana tidak dapat (bantuan),” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Turut berdepan masalah sama, Natasya Abdul Karim, 40, yang berkata mereka sekeluarga juga tidak mendapat sebarang bantuan malah berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan kerana rumah mereka terkepung dengan air banjir.  

“Kami harap pihak wakil rakyat atau pemimpin dapat datang untuk lihat keadaan kami di sini, saya bukan minta banyak cukuplah kalau sama macam mangsa banjir lain dapat,” katanya. — Bernama



Sumber Mangsa banjir belum dibantu, rujuk pejabat daerah


Demikianlah Artikel Mangsa banjir belum dibantu, rujuk pejabat daerah

Sekianlah artikel Mangsa banjir belum dibantu, rujuk pejabat daerah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :