Judul : Harga Murah Tapi Jenis Lutsinar Sebenarnya Berbahaya
link : Harga Murah Tapi Jenis Lutsinar Sebenarnya Berbahaya
Harga Murah Tapi Jenis Lutsinar Sebenarnya Berbahaya
Penggunaan hos gred rendah boleh menyebabkan kebocoran gas, sekali gus punca kebakaran rumah. (Gambar: Cityofclovis)
Sering kali kedengaran punca berlakunya kebakaran adalah disebabkan kecuaian individu yang terlupa untuk memadamkan api dapur atau lebih teruk lagi disebabkan bahagian tertentu pada silinder atau tong gas.
Tahukah anda, selain penjagaan tong gas ini sebenarnya banyak perkara perlu diambil perhatian termasuklah jenis hos yang digunakan.
Penggunaan hos gas lut sinar yang diperbuat daripada plastik (PVC) contohnya sebenarnya disifatkan sebagai antara penyumbang kepada kebakaran!
Sebelum terlambat cuba semak jenis hos yang anda pakai sekarang di rumah? jika jenis lut sinar, ini antara info penting yang perlu anda tahu.
LUTSINAR MUDAH BOCOR
Menurut Pengurus Besar Bahagian Peniagaan Gas Petroleum Cecair (LPG), Petronas Dagangan Berhad, Ramzulhakim Ramli, hos lut sinar yang banyak digunakan di kebanyakan rumah sebenarnya tidak tahan lama kerana mudah bocor.
Berdasarkan kajian dibuat, hos ini hanya sesuai digunakan untuk udara dan tidak tahan untuk penggunaan LPG.
Jadi jika bukan jenis lutsinar, apakah yang anda perlu lakukan?
Semak kembali jenis hos anda jika lutsinar, tukarkan ia kepada jenis berwarna hitam! Adalah lebih baik jika pengguna membeli hos hitam diperbuat daripada getah gred tinggi.
Pengunaan hos yang diluluskan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Suruhanjaya Tenaga amatlah digalakkan.
“Selain itu hos ini juga harus ditukar setiap dua tahun,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
PALING MURAH DI PASARAN
Berdasarkan pemantauan Bahagian Peniagaan LPG , orang ramai cenderung untuk membeli hos lut sinar kerana dua faktor ini.
Pertama adalah kerana ia kelihatan menarik kerana lutsinar dan kedua disebabkan harganya yang murah berbanding hos hitam.
Ironinya, hos lutsinar dilihat lebih banyak dijual di pasaran kerana mendapat permintaan tinggi.
PANDUAN KEBAKARAN
Bagi anda yang bimbang sekiranya berlaku kebocoran atau kebakaran di bahagian dapur, kami turut mendapatkan maklumat daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Apa anda perlu lakukan:
- Jika berlaku kebakaran pada dapur atau kuali, anda perlu memadam api dapur sekiranya boleh.
- Jika tidak tutup permukaan dengan apa jua penutup.
- Biarkan kuali atau periuk menjadi sejuk dan kemudian buka penutup perlahan-lahan.
- Jika kebakaran membabitkan oven atau ketuhar, tutup sumber elektrik dan pindahkan ia ke tempat lapang dan terbuka.
- Pastikan pintu ketuhar ditutup bagi mengelak asap atau api terus merebak.
Sumber Harga Murah Tapi Jenis Lutsinar Sebenarnya Berbahaya