Bagaimana Caranya Tukar Alasan Prospek Jadi Jualan?

Bagaimana Caranya Tukar Alasan Prospek Jadi Jualan? - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Bagaimana Caranya Tukar Alasan Prospek Jadi Jualan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bagaimana Caranya Tukar Alasan Prospek Jadi Jualan?
link : Bagaimana Caranya Tukar Alasan Prospek Jadi Jualan?

Baca juga


Bagaimana Caranya Tukar Alasan Prospek Jadi Jualan?

Setiap saat peniaga tidak akan terlepas berada dalam lingkungan saingan untuk dapatkan pelanggan. Keadaan menjadi genting seandainya prospek hanya bertanya siang dan malam dan akhirnya membuat keputusan untuk tidak membeli dengan anda.

Persoalannya adakah anda tahu semuanya pasal produk atau bisnes yang anda jual? Anda kena pastikan anda ingat semua maklumat yang berkaitan produk yang di jual. Bila pelanggan tanya, anda boleh jawab terus tanpa ragu-ragu.

Kewujudan model perniagaan tanpa modal seperti dropship dan affiliate menyebabkan ramai yang merebut peluang menjana pendapatan di internet tanpa modal ini.

Antara tempat paling ramai menjual ialah di Facebook. Sehinggakan newsfeed kita penuh dengan ayat-ayat jualan rakan-rakan yang berniaga.

Tak dinafikan, ramai yang berjaya dapat jualan banyak di Facebook sehingga RM 200 – RM 500 sehari. Malah ramai yang dapat sehingga 4 angka sehari. Namun begitu, ramai juga yang sedih, kecewa dan putus asa kerana setelah berhempas pulas promote barang tetapi akhirnya tiada pembeli.

#1- Harga Jualan

Bila sebut tentang harga, ianya menjadi penanda aras tentang keberangkalian produk yang dijual itu akan dibeli atau tidak oleh prospek.

Seringkali peniaga berhadapan dengan prospek yang kerap bertanya tentang harga dan soalan, tetapi tak nak beli. Ciri pelanggan sebegini memang akan kerap dijumpai. Terdapat sesetengah prospek memang minat dengan produk anda. Tetapi prospek belum bersedia dari segi duit.

Pelanggan mahu membeli tetapi melihat kepada harga yang ditawarkan pelanggan akan berfikir berulangkali. Apabila anda berdepan dengan pelanggan sebegini, jangan paksa mereka untuk membeli dengan terlalu mengejar mereka.

Tetapi gunakan kaedah mendekati pelanggan dengan berhemah. Tanya tentang bajet yang mampu dikeluarkan oleh pelanggan untuk membeli produk yang ditawarkan.

CONTOH

Alasan Prospek:

“Harga barang ni melebihi bajet saya la.”

Soalan:

“ “Berapa bajet cik?”

“Kalau saya ‘adjust’ harga cik akan beli?”

Wujudkan pelan pembayaran, pakej mampu milik, nilai melebihi harga, dan sebagainya untuk menarik pelanggan membeli produk jualan anda.

#2-Masa Pelanggan

Masa menjadi salah satu yang menyumbang kepada alasan prospek seperti prospek akan meminta peniaga menunggu sehingga mereka gaji tetapi dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan prospek akan diamkan diri.

Prospek mempunyai terlalu banyak faktor berbeza untuk dipertimbangkan. Paling malang apabila prospek pilih untuk berhenti berfikir dan putuskan untuk tidak membeli. Apa boleh anda buat untuk mengelakkan kejadian malang ni berlaku?

Tak kisah la sesiapa pun termasuklah pelanggan kita, golongan ini tidak suka masa mereka dibuang sia-sia. Tambahan pulak kalau mereka rasa kita ni bagi alasan bila mereka bertanya melalui PM atau WhatsApp.

Biasanya kalau berniaga online ni, pertanyaan pelanggan memang sangat banyak sebab mereka nak rasa percaya dengan bisnes dan servis kita. Jadi, masa yang diambil untuk kita balas pertanyaan mereka adalah sangat penting.

Impak apabila peniaga lambat balas pertanyaan pelanggan, prospek akan ingat peniaga tidak serius dalam berniaga. Oleh yang demikian memaparkan nilai harga sesuatu produk amat penting bagi memberi penjelasan kepada prospek sekaligus dapat menjimatkan masa ke dua-dua pihak.

#3-Produk Yang Ditawarkan

Bagaimana mahu meyakinkan prospek, supaya cepat-cepat beli produk kita. Dalam dunia bisnes yang semakin mengutamakan pengguna, bukti sosial adalah satu elemen penting supaya produk dijual dengan mudah.

Tiada bukti, tiada orang mahu beli. Ia adalah satu-satunya cara kukuh untuk membuktikan keberkesanan & kualiti produk.

“Jadi ke produk ni?’

“Ada kesan sampingan tak?”

“Boleh percaya ke produk akan sampai?”

Ini persoalan yang biasa bermain di fikiran prospek sebelum membeli sesuatu produk.  Yakinkan prospek dengan kelebihan produk, testimoni-testimoni dan jaminan produk kepada para pelanggan anda.

Bagaimana untuk gunakan taktik jual harga murah supaya pelanggan tergoda beli dengan harga mahal pula. Contohnya:-

Katakan anda ingin menjual nasi lemak di tepi jalan.

Kebiasaannya peniaga di luar sana akan menjual nasi lemak campur yang tidak sama harga setiap jualan.

Apa yang boleh anda buat adalah membuat jualan nasi lemak berharga RM1.

Jadi, prospek akan beri komitmen untuk membeli dengan harga yang dijual.

Jika mereka rasa puas hati dengan nasi lemak itu, pasti mereka akan meminta anda untuk mempelbagaikan lauk jualan.

Masa inilah mereka dah percaya yang nasi lemak  itu memang sedap.

Prospek mudah beli produk atau servis yang mereka percaya.



Sumber Bagaimana Caranya Tukar Alasan Prospek Jadi Jualan?


Demikianlah Artikel Bagaimana Caranya Tukar Alasan Prospek Jadi Jualan?

Sekianlah artikel Bagaimana Caranya Tukar Alasan Prospek Jadi Jualan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :