(Video) Pemandu Camry terlanggar penunggang motosikal di depan polis selepas provok pengadu

(Video) Pemandu Camry terlanggar penunggang motosikal di depan polis selepas provok pengadu - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang (Video) Pemandu Camry terlanggar penunggang motosikal di depan polis selepas provok pengadu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (Video) Pemandu Camry terlanggar penunggang motosikal di depan polis selepas provok pengadu
link : (Video) Pemandu Camry terlanggar penunggang motosikal di depan polis selepas provok pengadu

Baca juga


(Video) Pemandu Camry terlanggar penunggang motosikal di depan polis selepas provok pengadu

Padah memandu laju, seorang pemandu kereta yang terkejut melihat sekatan polis di hadapan terlanggar penunggang motosikal sehingga melambung ke udara. 
Video yang dimuat naik oleh Lau Meng Yau itu viral di media sosial dan ramai yang mengecam tindakan pemandu itu memandu secara berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan maut. 
Berdasarkan video dashcam kereta Meng Yau, kejadian itu berlaku pada jam 3 pagi Khamis, di mana kereta itu datang dari belakang dengan laju dan mencucuk kereta Meng Yau, sebelum Meng Yau memberi laluan kepada kereta tersebut. 
Tetapi pemandu kereta terbabit dilihat tidak berpuas hati dengan Meng Yau dengan menekan brek beberapa kali di hadapan kereta Meng Yau dan memeut meninggalkannya. 
Meng Yau kemudian memecutkan keretanya meninggalkan kereta terbabit dan tidak lama kemudian ia datang kembali mengejar kereta Meng Yau yang sudah memperlahankan keretanya berikutan ada sekatan polis di hadapan.
Bagaimanapun tindakan pemandu terbabit mengundang padah apabila dia tidak menyedari sekatan itu dan cuba membrek kenderaannya. Malangnya dia gagal berbuat demikian lalu merempuh seorang penunggang motosikal di hadapan anggota polis. 
Berkata kepada mStar Online, Meng Yau pada ketika itu baru pulang dari bertemu dengan rakannya di Jalan Klang Lama. 
"Sebelum kejadian, saya memandu secara perlahan untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba ada sebuah kereta memecut laju dari jauh dan 'mencucuk' rapat kereta saya dari arah belakang. 
"Saya pun berikan dia laluan tetapi dia seolah-olah ingin mencari masalah dan mula menekan brek beberapa kali ketika berada di depan kereta saya.


"Saya tidak mahu terlibat dengan kejadian yang tidak diingini lalu memintas kereta itu sehingga kereta itu hilang dari pandangan. 
"Namun saya tidak menyangka pemandu itu akan melakukan perbuatan itu sekali lagi sehingga hilang kawalan dan melanggar seorang penunggang motosikal. Saya nampak penunggang itu melambung ke atas jalan raya dan bangun selepas dia dilanggar. 
"Kemudian polis datang memberikan bantuan kepada mangsa dan turut bercakap dengan pemandu yang melanggarnya itu. Saya tidak pasti apa yang berlaku selepas itu," katanya. 


Sumber (Video) Pemandu Camry terlanggar penunggang motosikal di depan polis selepas provok pengadu


Demikianlah Artikel (Video) Pemandu Camry terlanggar penunggang motosikal di depan polis selepas provok pengadu

Sekianlah artikel (Video) Pemandu Camry terlanggar penunggang motosikal di depan polis selepas provok pengadu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: