Langgar kereta peronda, polis lepas tembakan (VIDEO)

Langgar kereta peronda, polis lepas tembakan (VIDEO) - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Langgar kereta peronda, polis lepas tembakan (VIDEO), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Langgar kereta peronda, polis lepas tembakan (VIDEO)
link : Langgar kereta peronda, polis lepas tembakan (VIDEO)

Baca juga


Langgar kereta peronda, polis lepas tembakan (VIDEO)

Paparan video menunjukkan sebuah kereta cuba melarikan diri dari polis di Taman Medan, 30 November 2017. — Foto ihsan Facebook/Kongsi Semua MalaysiaPaparan video menunjukkan sebuah kereta cuba melarikan diri dari polis di Taman Medan, 30 November 2017. — Foto ihsan Facebook/Kongsi Semua MalaysiaKUALA LUMPUR, 30 Nov — Polis Kuala Lumpur sedang memburu seorang suspek lelaki yang melarikan diri dari kawasan parkir flat di Taman Medan di Petaling Jaya selepas meninggalkan keretanya yang dikejar polis dari Jalan Klang Lama, di sini, hari ini.

Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian kira-kira 4.25 pagi, peronda polis mengesan lelaki itu yang sedang memandu sebuah Proton Persona berwarna perak, dalam keadaan yang mencurigakan  di Jalan Klang Lama di sini.

“Anggota peronda meminta suspek menghentikan kenderaan namun lelaki berkenaan enggan dan terus memecut keretanya...anggota peronda terpaksa meminta bantuan tiga lagi kereta peronda untuk mengejar suspek,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan persiapan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

 Katanya, polis telah melepaskan tembakan dan suspek turut bertindak melanggar salah sebuah kereta peronda sebelum memberhentikan kenderaan di kawasan parkir flat di Taman Medan, di sini dan melarikan diri.

Mazlan berkata Unit Forensik sedang melakukan pemeriksaan cap jari pada kenderaan yang ditinggalkan  suspek.

Polis masih memburu lelaki itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki itu diminta tampil membantu siasatan.

Video berdurasi 50 saat yang memaparkan kejadian itu dirakam penduduk kawasan itu kini  menjadi  tular di media sosial. — Bernama



Sumber Langgar kereta peronda, polis lepas tembakan (VIDEO)


Demikianlah Artikel Langgar kereta peronda, polis lepas tembakan (VIDEO)

Sekianlah artikel Langgar kereta peronda, polis lepas tembakan (VIDEO) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: