Judul : “Tolong Berhenti Sebar Fitnah, Sebelum Ada Pihak Ambil Tindakan”
link : “Tolong Berhenti Sebar Fitnah, Sebelum Ada Pihak Ambil Tindakan”
“Tolong Berhenti Sebar Fitnah, Sebelum Ada Pihak Ambil Tindakan”
Semalam timbul kekecohan di media sosial apabila seorang wanita memuat naik status di Facebook mendakwa ternampak Aliff Aziz dan Oktovia Manrose berpegangan tangan di sebuah pasaraya.
Menerusi Insta Story hari ini, Aliff dalam satu kenyataannya menafikan dakwaan wanita tersebut serta memberitahu bahawa dia berada di Singapura sejak beberapa hari lalu.
Menurut Aliff dakwaan wanita itu adalah fitnah yang tidak berasas. Kata Aliff lagi, individu tersebut seolah ingin mengeruhkan lagi keadaan dengan membuat cerita yang tidak benar.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana individu yang berterusan menyebarkan fitnah tersebut tanpa sebarang bukti kukuh.
Hasil carian, akuan Facebook wanita berkenaan sudah pun dipadam. Diharap dengan penjelasan Aliff ini, tiada lagi mana-mana pihak membuat dakwaan liar atau mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan.
SUMBER BEAUTIFULNARA
Artikel berkaitan : Individu Dakwa Nampak Aliff Aziz, Octovia Berpegangan Tangan?
Beberapa hari lalu reda seketika kontroversi panas melibatkan Aliff Aziz dan Octovia Manrose selepas kedua mereka membuat permohonan maaf. Octovia mengakui apa yang berlaku adalah salah dan tidak sepatutnya keluar dengan suami orang. Aliff juga memohon maaf di atas semua yang terjadi adalah salahnya serta dirinya menjadi punca pada semuanya.
Namun semalam, timbul satu lagi cerita apabila ada seorang individu mendakwa ternampak kelibat Aliff dan Octovia di sebuah pasaraya. Individu tersebut yang memuat naik status di laman Facebook mendakwa kedua-dua mereka berjalan sambil berpegangan tangan.
Meskipun tidak menulis nama ‘sebenar’ artis tersebut, namun rata-rata netizen seolah mengetahui bahawa status itu ditujukan kepada kedua artis berkenaan.
Dalam pada itu, netizen lain turut bertanyakan kepada individu berkenaan sama ada dia sempat atau tidak mengambil gambar mengenai dakwaannya itu, namun individu itu mengatakan dia tidak sempat berbuat demikian.
“Tak sempat tangkap gambar, benda depan mata. Tangkap gambar depan-depan nanti kena saman pulak. Sis is tak tahan. Buat macam tak ada apa-apa yang berlaku je. Si sotong tu pulak kemain dah mintak maaf kat media kan. Rupanyaa lakonan semata-mata,” ujarnya.
Terdahulu, Bella Astillah mendedahkan beberapa perbualan bersama salah seorang peminat yang terserempak dengan Aliff Aziz dan pelakon perempuan bernama Oktovia Manrose di sebuah kelab hiburan.
Malah, Bella mendakwa mempunyai tiga buah video menunjukkan suaminya keluar ke sebuah pusat hiburan bersama Oktovia Manrose.
SUMBER KOPI PLANET via rotikaya.com
Sumber “Tolong Berhenti Sebar Fitnah, Sebelum Ada Pihak Ambil Tindakan”
Demikianlah Artikel “Tolong Berhenti Sebar Fitnah, Sebelum Ada Pihak Ambil Tindakan”
Sekianlah artikel “Tolong Berhenti Sebar Fitnah, Sebelum Ada Pihak Ambil Tindakan” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.