‘Mak Cik, Tolonglah Saya Lapaq’ – Tergamak Ibu Kandung Kurung Anak Selama 5 Hari Tanpa Sebarang Makanan

‘Mak Cik, Tolonglah Saya Lapaq’ – Tergamak Ibu Kandung Kurung Anak Selama 5 Hari Tanpa Sebarang Makanan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang ‘Mak Cik, Tolonglah Saya Lapaq’ – Tergamak Ibu Kandung Kurung Anak Selama 5 Hari Tanpa Sebarang Makanan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Mak Cik, Tolonglah Saya Lapaq’ – Tergamak Ibu Kandung Kurung Anak Selama 5 Hari Tanpa Sebarang Makanan
link : ‘Mak Cik, Tolonglah Saya Lapaq’ – Tergamak Ibu Kandung Kurung Anak Selama 5 Hari Tanpa Sebarang Makanan

Baca juga


‘Mak Cik, Tolonglah Saya Lapaq’ – Tergamak Ibu Kandung Kurung Anak Selama 5 Hari Tanpa Sebarang Makanan



Tidak berhati perut! Ungkapan sesuai buat seorang ibu yang tergamak kurungkan anaknya sendirian di dalam rumah tanpa meninggalkan sedikit pun makanan. Jiran bersebelahan rumah mula menyedari akan perkara ini apabila terdengar suara tangisan kanak-kanak perempuan di dalam rumah tersebut.

Menerusi laporan Metro, mangsa dipercayai telah dikurung ibu sejak hari Rabu lalu. Pihak polis terpaksa memecahkan pintu rumah tersebut di Taman Hijrah, Kangar, Perlis.



Terdengar tangisan kanak-kanak


Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata ibu bapa mangsa sudah bercerai dan pada hari kejadian ibu meninggalkan kanak-kanak perempuan itu seorang diri dengan mengunci pintu rumah tanpa meninggalkan makanan.

Jiran yang terdengar kanak-kanak itu menangis, cuba memujuknya sejak Rabu lalu dan memberinya makan setiap hari melalui tingkap rumah berkenaan.

Bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini, penduduk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa semalam bagi menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Sejurus kanak-kanak itu diselamatkan dia dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk menerima rawatan dan pemeriksaan ke atasnya mendapati tiada sebarang kecederaan yang dialami.

Jiran sanggup teman dari luar tingkap



Menurut laporan dari jiran terdekat, ibu tunggal ini lebih suka menyendiri dan tidak bergaul dengan penduduk setempat. Malah, jiran juga tidak mengetahui latar belakang dan pekerjaannya.

Saya hanya mengetahui kanak-kanak itu dikurung selepas heboh satu kawasan memberitahu kanak-kanak itu menangis sepanjang masa di tingkap rumah pada hari pertama ditinggalkan.

Jiran terdekat yang terdengar tangisan kanak-kanak itu sering mengunjunginya dan memberi makan setiap waktu kerana kasihankannya.
Sehinggakan jiran terbabit dilihat sering menemaninya dari luar tingkap rumah supaya dia tidak rasa berseorangan.

Dia merayu dan menangis

Sementara itu, mangsa juga merayu dan menangis kelaparan. Jiran yang terdengar rayuannya itu segera ke rumah itu dan mendapati pintu jeriji di hadapan dan belakang rumah berkunci. Mereka terpaksa menghulurkan makanan kepada mangsa melalui tingkap rumah.

Kami hanya tahu dia ditinggalkan ibunya selepas terdengar dia merayu ‘mak cik, saya lapaq’ di tingkap rumah. Kami tidak tahu bila ibunya akan pulang, jadi kami menghantar makanan kepadanya jika terdengar rayuan dari rumahnya.

Kami kasihan melihatnya, pada awalnya penduduk enggan melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa. Tetapi simpati melihat keadaan kanak-kanak itu, mereka terpaksa melaporkannya demi keselamatan kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, pihak polis sudah menahan ibu tunggal itu di rumah berkenaan bagi membantu siasatan.

Sumber: Metro via ohbulan.com

Sumber ‘Mak Cik, Tolonglah Saya Lapaq’ – Tergamak Ibu Kandung Kurung Anak Selama 5 Hari Tanpa Sebarang Makanan


Demikianlah Artikel ‘Mak Cik, Tolonglah Saya Lapaq’ – Tergamak Ibu Kandung Kurung Anak Selama 5 Hari Tanpa Sebarang Makanan

Sekianlah artikel ‘Mak Cik, Tolonglah Saya Lapaq’ – Tergamak Ibu Kandung Kurung Anak Selama 5 Hari Tanpa Sebarang Makanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: