Judul : Lebih 70 Peratus Wanita Muda Malaysia Tolak Bakal Suami Jika Bergaji Bawah RM5000 Sebulan
link : Lebih 70 Peratus Wanita Muda Malaysia Tolak Bakal Suami Jika Bergaji Bawah RM5000 Sebulan
Lebih 70 Peratus Wanita Muda Malaysia Tolak Bakal Suami Jika Bergaji Bawah RM5000 Sebulan
Kebanyakan wanita Malaysia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan bawah RM5000 sebulan. Kaji selidik ini dilakukan oleh Sweet Ring.
Memetik laporan China Press, laman sesawang cari jodoh itu mengumpulkan maklumat daripada 500 responden rakyat Malaysia dan keputusannya 70 peratus wanita inginkan pasangan mereka bergaji sekurang-kurangnya RM5000 sebulan barulah mereka setuju untuk berkahwin.
Rata-rata wanita yang terlibat dengan kaji selidik itu turut mendedahkan, jika gaji minimum tidak menepati syarat tersebut, mereka sanggup membujang daripada berkahwin.
Manakala 30 peratus responden wanita menunjukkan, mereka sanggup menerima lelaki bergaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.
Namun bagi pandangan lelaki berbeza pula. 60 peratus daripada lelaki menganggap gaji diantara RM3,000 hingga RM5,000 sudah mencukupi untuk berkahwin dan mereka tidak kisah dengan gaji isteri.
Maknanya lelaki bergaji bawah RM3,000 tiada siap yang nak? Agak-agak berapa anggaran gaji lelaki yang wanita Malaysia inginkan?
Sumber: Worldofbuzz
Berapa Lama Anda Perlu Bercinta Sebelum Berkahwin? – Kajian
Bercinta bagai nak rak lamanya tidak dijamin bakal berhujung ke pelaminan, apalagi bila bercinta dalam jarak waktu singkat. Persoalannya, berapa lama pasangan kekasih bercinta sebelum kahwin?
Profesor Terri Orbuch, PhD., Dari Oakland University di Michigan yang juga merupakan penulis 5 Simple Steps to Take Your Marriage From Good to Great mengatakan kepada Health bahawa terburu-buru menikah berpotensi munculnya banyak masalah dalam rumah tangga.
“Mereka yang berkahwin terlalu cepat dibutakan oleh hasrat, nafsu, dan kegembiraan yang muncul pada awal hubungan awal. Mereka termotivasi cepat-cepat merasmikan hubungan, kerana hasrat dan seksual yang ada, dan perlu diketahui bahwa nafsu hampir menjadi obsesi yang datang bersamaan sepanjang masa anda akan memikirkan orang itu tanpa henti, tanpa menilik seputar kehidupan dan keperibadiannya,” jelasnya panjang lebar.
Orbuch menasihati, pasangan yang mahu berkahwin sebaiknya mengajukan tiga pertanyaan kepada diri sendiri untuk membantu menentukan berapa siap mereka naik pelaminan.
“Pertama, apakah anda percaya satu sama lain? Kedua, apakah anda siap menangani konflik dan stres dengan baik? Dan ketiga, apakah anda akan saling berkongsi?”
Menurutnya, dua bulan tidak terlalu lama membangun kepercayaan, mengidentifikasi apakah anda memiliki kesamaan dalam kehidupan nilai, dan menangani perselisihan dan konflik dengan baik.
Apabila pasangan berada dalam kegolakan hasrat atau nafsu, mereka tidak dapat benar-benar melihat, mengamati, atau mengenali pasangan sejati. Sebaliknya, mereka dibutakan oleh cinta yang gairah dan mengidealisasikan pasangan lain.
Semantara itu, kajian lain menunjukkan bahawa setidaknya 12 hingga 18 bulan untuk mengenal siapa kekasih anda yang sebenarnya.
“Di masa depan, apabila sesuatu yang besar berlaku atau peristiwa trauma berlaku, adakah mereka boleh bersandar pada yang lain dan mengatasi masalah dengan baik?” tanya Orbuch.
Baca Juga 'Kalau Dah Tak Suka Saya, Kita Cerai Saja!' - Mudahnya Melafazkan Cerai
Namun, mempertahankan bahwa jika masing-masing pasangan tahu siapa mereka dan apa yang dikehendakinya, pasangan yang bercinta hanya beberapa bulan mungkin berpotensi membangun rumah tangga seumur hidup.
“Sebagai seorang individu, anda mungkin tahu apa yang anda inginkan dan perlu di pasangan, dan ketika anda menemukan, lanjutkan. Jangan buang-buang waktu,” tambahnya.
sumber : aliffchannel.com
Sumber Lebih 70 Peratus Wanita Muda Malaysia Tolak Bakal Suami Jika Bergaji Bawah RM5000 Sebulan
Demikianlah Artikel Lebih 70 Peratus Wanita Muda Malaysia Tolak Bakal Suami Jika Bergaji Bawah RM5000 Sebulan
Sekianlah artikel Lebih 70 Peratus Wanita Muda Malaysia Tolak Bakal Suami Jika Bergaji Bawah RM5000 Sebulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.