Jangan terlepas peluang berdoa malam ini

Jangan terlepas peluang berdoa malam ini - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Jangan terlepas peluang berdoa malam ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan terlepas peluang berdoa malam ini
link : Jangan terlepas peluang berdoa malam ini

Baca juga


Jangan terlepas peluang berdoa malam ini



BULAN Rejab akan membuka tirainya esok. 1 Rejab 1440 Hijrah kali ini jatuh pada hari Jumaat.


Mengikut kalendar Islam, 1 Rejab bermula apabila masuknya waktu Maghrib pada hari ini iaitu 7 Mac 2019.

Imam as-Syafie menyebut, antara kelebihan malam pertama bulan Rejab adalah salah satu malam yang dimakbulkan doa.


Justeru, perbanyakkanlah berdoa pada malam ini. Doalah apa sahaja. Antara doa yang dianjurkan untuk dilazimi apabila masuk bulan Rajab sehingga Ramadan ialah:

“Ya ALLAH, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan.”

Marilah kita rebut peluang ini untuk berdoa kepada ALLAH. Semoga doa kita dimakbulkan oleh ALLAH SWT.

(Sumber: Facebook Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre)


Keistimewaan Bulan Rejab

Rajab adalah salah satu dari 4 bulan haram, yang di muliakan di dalam islam. Rajab berarti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah Ta’ala. Bangsa arab sejak zaman sebelum Islam juga memuliakan bulan Rejab. Di zaman jahiliyah bulan Rejab ini di kenali dengan “Rajab Mudhar” ( رجب مضر), untuk membezakan dari “Rajab Rabi’ah” ( رجب ربيعة), Rasulullah s.a.w. menjelaskan perbezaan ini bahwa Rejab Mudhar adalah di antara Jumadal Tsani dan Sya’ban, adapun Rejab Rabi’ah antara Sya’ban dan Syawwal.
Di antara Keagungan bulan ini ialah:

Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah dua belas bulan, dalam kitab Allah pada hari Allah menjadikan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang dalam bulan itu. (Dzulki’dah, Dzulhijjah, Muharram, Rejab)
Keberadaan 12 bulan (qamariah) dalam setahun dan 4 di antaranya adalah bulan-bulan yang diharamkan peperangan sudah terkandung dalam Lauhil Mahfudz. Dengan demikian, bulan ini adalah bulan aman, damai, tenteram dan selamat.
Berkata Ibnu ‘Abbas mengomentari ayat di atas:

“Janganlah kamu berbuat kezaliman diseluruh bulan, khususnya di bulan haram kerana kehormatan bulan itu, oleh kerana berbuat dosa di bulan haram lebih besar berbandingkan di selainnya, demikian juga berbuat ketaatan di dalamnya akan di lipat gandakan”.

Di antara keutamannya ialah berpuasa. Sa’id bin Jubair (seorang Tabi’in) di tanya tentang puasa di bulan Rejab, ia berkata:
“Aku mendengar Abdullah bin Abbas r.a berkata: terkadang Rasulullah  berpuasa di bulan itu seakan-akan Baginda tidak berbuka (berterusan), dan terkadang juga Baginda berbuka seakan-akan tidak berpuasa”. (Abu Daud).

Amalan di dalam bulan Rejab


Di antara amalan di bulan Rejab: memperbanyak istighfar. Bersabda Rasulullah s.a.w.:

أكثروا من الاستغفار فى شهر رجب
فإن لله فى كل ساعة منه عتقاء من النار
وإن لله مدائن لا يدخلها إلا من صام شهر رجب
(الديلمى)

“Perbanyaklah kamu beristghfar di bulan Rejab, kerana sesungguhnya Allah setiap saat di bulan Rejab akan membebaskan hamba-hambanya dari api neraka, dan sesungguhnya Allah mempunyai bandar-bandar yang tidak masuk ke dalamnya kecuali orang yang berpuasa dibulan Rejab.” (al- Dailami).

Amalan istighfar para salaf ialah:


Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam yang di istimewakan untuk di kabulkan doa. Sabda Rasulullah s.a.w.:

 

“ Lima malam doa tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’at, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha. (Al Baihaqi).

Di antara amalan yang baik ialah memperbanyak doa:

Bulan ini juga di kenali dengan الأَصَبّ bererti “curahan”, oleh kerana bulan ini adalah bulan Allah mencurahkan rahmatNya kepada hamba yang di kehendakinya.
Di bulan Rejab juga telah di lahirkan Imam Syafi’I pada tahun 150 H, dan meninggal dunia di bulan Rejab juga tahun 204 H. Semoga Allah merahmati dan memberi keredhaan kepadanya atas jasanya ke atas ummat Islam, khususnya kita di Asia Tenggara ini yang berpegang kepada madzhabnya.
Marilah kita memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada di hadapan kita dengan amalan-amalan saleh untuk meraih rahmat Allah SWT, semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk beramal demi meraih rahmat-Nya.

Amin.

sumber : http://darulmurtadza.com


Sumber Jangan terlepas peluang berdoa malam ini


Demikianlah Artikel Jangan terlepas peluang berdoa malam ini

Sekianlah artikel Jangan terlepas peluang berdoa malam ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: