Judul : Cara kiraan fidyah bagi anda yang terlambat ganti puasa, ibu mengandung, berpantang dan susukan anak wajib tahu bagaimana mengiranya!
link : Cara kiraan fidyah bagi anda yang terlambat ganti puasa, ibu mengandung, berpantang dan susukan anak wajib tahu bagaimana mengiranya!
Cara kiraan fidyah bagi anda yang terlambat ganti puasa, ibu mengandung, berpantang dan susukan anak wajib tahu bagaimana mengiranya!
Cara kiraan fidyah ini telah dikongsikan dari facebook page Jabatan Kemajuan Islam malaysia.
Fidyah
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.
Hukum fidyah
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Prosedur membayar Fidyah
Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.
Sebab-sebab dikenakan fidyah
1. Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
2. Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
3. Ibu yang menyusukan Anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
4. Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Taksiran fidyah
(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah
Kadar bayaran fidyah
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).
Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.
Contoh:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:
RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20
*Jumlah hari puasa yang wajib di qada tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.
Nota:
Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun.
Sumber artikel : Jabatan Kemajuan Islam malaysia via mingguanwanita.my
Sumber Cara kiraan fidyah bagi anda yang terlambat ganti puasa, ibu mengandung, berpantang dan susukan anak wajib tahu bagaimana mengiranya!
Demikianlah Artikel Cara kiraan fidyah bagi anda yang terlambat ganti puasa, ibu mengandung, berpantang dan susukan anak wajib tahu bagaimana mengiranya!
Sekianlah artikel Cara kiraan fidyah bagi anda yang terlambat ganti puasa, ibu mengandung, berpantang dan susukan anak wajib tahu bagaimana mengiranya! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.