Judul : Bacalah ‘Zikir Fatimah’, Nabi ajar pada anaknya untuk redakan rasa penat selepas seharian urus rumah tangga.
link : Bacalah ‘Zikir Fatimah’, Nabi ajar pada anaknya untuk redakan rasa penat selepas seharian urus rumah tangga.
Bacalah ‘Zikir Fatimah’, Nabi ajar pada anaknya untuk redakan rasa penat selepas seharian urus rumah tangga.
Hari ini ramai isteri yang mengeluh penat dan stres dek kerana tugas yang tak menang tangan. Mereka ini terutama yang bergelar ibu bukan saja mengurus rumah tangga, malah turut bekerja mencari rezeki.
Antara cara kebiasaan wanita meredakan kepenatan ini dengan berehat, bercuti dan juga ke spa untuk rawatan tubuh. Hakikatnya dalam Islam sendiri telah tersedia penawar kepenatan ini melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah s.a.w kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu.
Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu baginda bersabda;
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.
Sumber : Petua Ibu via limaumanis
“Zikir Fatimah” merujuk kepada sebuah hadis sahih yang panjang.
Ali bin Abi Thalib menceritakan bahawa Fatimah (isterinya, juga puteri Rasulullah) merasa sakit tangannya kerana menumbuk (menguli) tepung dan ketika itu pula ada seorang pelayan yang menawarkan dirinya (untuk berkhidmat) kepada Rasulullah.
Fatimah datang menemui Rasulullah untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berhasil menemui Rasulullah dan hanya bertemu dengan Aisyah.
Kemudian Fatimah menitip pesan kepada Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Ketika Rasulullah tiba di rumah, Aisyah pun memberitahu baginda tentang kedatangan Fatimah.
Ali berkata, lalu Rasulullah pergi ke rumah kami ketika kami tengah berbaring hendak tidur. Maka kami segera bangun, tetapi baginda mencegahnya seraya berkata: “Tetaplah di tempat kalian!” Kemudian Rasulullah duduk di antara kami hingga saya merasakan dinginnya telapak kaki beliau yang menyentuh dada saya.
Setelah itu, Rasulullah bersabda: “Inginkah kalian berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta? Apabila kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) tiga puluh empat kali, tasbih (Subhanallah) tiga puluh tiga kali dan tahmid (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.”
Selanjutnya Ali menerangkan:
“Saya tidak pernah meninggalkan bacaan tersebut semenjak saya mendengarnya daripada Rasulullah.” Seseorang bertanya kepadanya: “Wahai Ali, apakah kamu juga tidak meninggalkan doa ini pada malam perang Shiffin?” Ali menjawab: “Ya. Saya tidak pernah meninggalkan bacaan (zikir) ini pada malam perang Shiffin sekalipun.” [Shahih Muslim, no: 4906]
Berdasarkan hadis ini, dapat kita pelajari bagaimana Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah bekerja keras dengan urusan rumah seperti memasak. Namun Rasulullah tidak memberikan Fatimah dan Ali seorang pembantu rumah.
Sebaliknya baginda mengajar mereka beberapa kalimah zikir yang mudah dibaca sebelum tidur, iaitu Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 33 kali.
Zikir ini menjadi pengganti kepada pembantu rumah yang diminta oleh Fatimah sehingga ia masyhur dikenali sebagai “Zikir Fatimah”.
Rahsia di sebalik pengajaran zikir ini ialah, Allah membalas kepada kita apa yang kita berikan kepada-Nya atau kerana-Nya.
Bahkan Allah akan membalas dengan tambahan dan gandaan. Apabila kita bersedekah kerana Allah, Allah akan membalas dengan tambahan rezeki.
Apabila kita bersikap rahmat kepada makhluk lain kerana Allah, Allah akan menggandakan rahmat-Nya kepada kita.
Demikianlah juga, apabila kita meluangkan masa dan usaha kepada Allah, Allah akan menambah masa dan memudahkan usaha kita.
Sumber : pesonapengantin
Sumber Bacalah ‘Zikir Fatimah’, Nabi ajar pada anaknya untuk redakan rasa penat selepas seharian urus rumah tangga.
Demikianlah Artikel Bacalah ‘Zikir Fatimah’, Nabi ajar pada anaknya untuk redakan rasa penat selepas seharian urus rumah tangga.
Sekianlah artikel Bacalah ‘Zikir Fatimah’, Nabi ajar pada anaknya untuk redakan rasa penat selepas seharian urus rumah tangga. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.