3 STRATEGI UNTUK JADI USAHAWAN ERA MILENIA

3 STRATEGI UNTUK JADI USAHAWAN ERA MILENIA - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 3 STRATEGI UNTUK JADI USAHAWAN ERA MILENIA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 3 STRATEGI UNTUK JADI USAHAWAN ERA MILENIA
link : 3 STRATEGI UNTUK JADI USAHAWAN ERA MILENIA

Baca juga


3 STRATEGI UNTUK JADI USAHAWAN ERA MILENIA

Penulis: Nadia Nazri

Milenia? Siapa mereka? Mengapakah kelompok Milenia ini menjadi topik hangat semasa, bahkan banyak kajian terkini melibatkan isu yang melibatkan milenia? Milenia merujuk kepada mana-mana individu yang lahir pada tahun 2000 dan ke atas. mereka adalah pelapis kepada generasi Z. Jika anda sudah bekeluarga, anak adalah anda gen Milenia manakala anda kemungkinan besar adalah kelompok gen Y. Mengapa anda perlu ambil tahu mengenai gen Milenia? Jika anda seorang usahawan, waima masih belum berkahwin atau tidak mempunyai anak daripada gen Milenia, anda harus kisah mengenai mereka. Kerana dalam tempoh 10 tahun lagi, mereka memainkan peranan besar untuk kesihatan bisnes anda. Jika anda berniat untuk pencen sebelum itu, tidak mengapa, akan tetapi jika masih berniat untuk kekal dalam dunia bisnes dan masih lagi ada misi yang belum tertunai, rajin-rajinkanlah diri untuk mengkaji pasaran prospek milenia ini. Anda juga harus berlatih untuk menjadi usahawan di era milenia ini.

Baca strategi- strategi selanjutnya:

#1-Jadikan Gajet, Perisian, Sebagai Aset & Pekerja Maya

Gen Milenia diiktiraf sebagai generasi yang paling celik IT dan cerdas dalam menggunakan gajet. Berbeza dengan generasi terdahulu yang mungkin mengambil masa untuk belajar menguunakan gajet atau perisian teknologi terbaharu, gen Milenia cekap mempelajari, mengikuti dan mengendalinya dalam masa yang singkat. Bahkan kebanyakkan informasi atau ilmu yang mereka ada kebanyakkannya diperolehi hanya dari hujung jari.

Jika generasi terdahulu perlu ke tempat-tempat yang tertentu atau bertanyakan secara terus kepada orang yang tertentu untuk mendapatkan sesuatu maklumat, mereka boleh melakukannya sambil berbaring di atas katil. Gen Milenia kelihatan sangat aktif tetapi secara kontranya cara interaksi mereka berbeza dengan gen terdahulu. Mereka gemar berinteraksi atau berkongsi cerita melalui gajet, perisian aplikasi dan media sosial tetapi kurang gemar berinteraksi secara langsung atau “Face-to-Face” dengan orang lain apatah lagi dengan generasi lain atau orang asing.

Jadi, tidak hairanlah mereka lebih senang untuk meluahkan emosi mereka secara maya tetapi bersikap dingin apabila di luar. Manakala generasi terdahulu pula, masih lagi perlu menghadiri kelas-kelas di luar untuk mempelajari sesuatu terutamanya untuk mendapatkan maklumat mengenai gajet atau perisian tekonologi terbaharu untuk tidak ketinggalan dalam bidang masing-masing.

Oleh kerana gen Milenia lebih mesra dengan gajet dan pelbagai aplikasi yang lain, anda haruslah menukar medium perniagaan anda supaya berorientasikan teknologi. Hatta menjual makanan di ‘food truck’ atau gerai sekalipun, jika anda bijak mempelbagaikan medium perniagaan, contohnya menyertai Grab Food, Food Panda, bahkan mencipta aplikasi sendiri dan sebagainya, tidak mustahil untuk anda mendapatkan ramai pelanggan yang menjanjikan pulangan yang besar meskipun gerai anda kelihatan tiada pelanggan pada sesetengah orang. Jika dahulu lokasi mungkin memainkan peranan penting dalam kejayaan sesuatu bisnes, namun kini tidak lagi. Berapa banyak perniagaan yang tiba-tiba meletup dan gah sedangkan kita tidak pernah mendengar nama syarikat, produk atau pengasas mereka sebelum ini? Mereka ini mengeksploitasi penggunaan gajet dan perisian tertentu untuk mendapat pelanggan secara senyap-senyap. Selepas beberapa tahun, dengan pulangan yang lumayan, barulah mereka memindahkan syarikat maya mereka kepada fizikal, bahkan memiliki bangunan sendiri untuk empayar bisnes mereka.

#2-Kongsi Personaliti Bisnes Dalam Bentuk Visual & Maya

Jika anda sudah hadam personaliti gen Milenia yang gemarkan gejat dan teknologi, anda juga harus menyukainya atau mungkin berpura-pura menyukainya pada peringkat awal. Mungkin ada dalam kalangan kita yang kurang gemar dengan penggunaan gajet dan teknologi yang maksima seperti gen Milenia yang kelihatan ketagih dengannya, akan tetapi untuk mendapatkan sesuatu anda harus mengorbankan sesuatu. Mulalah menjinakkan diri untuk bersosial seperti mereka di aplikasi seperti Istagram, Twitter, Telegram dan banyak lagi. Ini bukan bermakna anda aktif memuat naik ‘content’ produk anda setiap masa, ini boleh membosankan sebaliknya pastikan anda selang-selikan dengan ‘content’ yang kena dengan minat mereka. Jika anda kurang berminat dengan ‘trend’ atau isi terkini yang menjadi ikutan mereka, anda boleh sahaja bercakap, mengulas atau mengkritik  mengenainya akan tetapi dengan cara yang mereka suka sahaja.

Jika anda perhatikan, banyak video-video parodi, atau gambar ‘troll’ yang telah diedit menjadi perkongsian yang viral. Mungkin anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya sendiri, anda boleh mula dengan berkongsi ‘content’ orang lain yang menarik. Namun, pastikan apa sahaja ‘content’ pilihan anda, pendirian anda adalah konsisten, jika tidak, pelanggan atau ‘follower’ pasti keliru dengan personaliti anda, baik personaliti individual atau bisnes. Manakala, ‘content’ yang berkaitan dengan bisnes pula haruslah mempersembahkan produk anda dengan kreatif seperti video, gambar yang cantik, ayat iklan dan informasi yang ringkas dan tidak panjang berjela-jela atau terlalu ‘skema’. Contohnya, jika anda masih ingat isu rendang ‘crispy’ dahulu, syarikat IKEA bijak menunjukkan personaliti bisnes mereka dengan memaparkan iklan gambar produk mereka iaitu kuali yang bernama ‘TOLERANT’ dengan kapsyen “Tolerates everything, except ‘CRISPY’ rendang.”

Nah, lihat! Ini adalah cara terbaik yang mana, anda bukan sahaja mengiklankan produk anda dan mengaitkannya dengan isu semasa bahkan membuatkan orang faham yang anda juga tidak bersetuju dengan Chef tersebut. IKEA berjaya memikat hati pelanggan dengan menunjukkan yang mereka memahami isu semasa dan juga perasaan anda dan secara senyap-senyap berjaya memperkenalkan salah satu produk mereka sehingga menjadi tular. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk menonjolkan personaliti bisnes anda secara maya, boleh minta bantuan orang yang lebih mahir. Mulakan dengan segera!

#3-Sediakan Kaunter Khidmat Pelanggan Online Terbaik

Jika dahulu pasti akan ada sahaja panggilan yang bertalu-talu oleh pelanggan atau SMS kerana mereka mahukan maklumat mengenai perniagaan anda dan terkadang anda tidak sempat membalasnya. Kini, jika tiada deringan telefon di pejabat atau premis perniagaan anda, itu bukanlah sesuatu yang pelik sebaliknya jadikan satu tabiat bisnes yang baharu. Seperti yang anda sedia maklum mereka gemar berinteraksi secara maya, maka, tingkatkan layanan anda menggunakan medium kegemaran mereka. Sentiasa layan mereka secara baik di media sosial terutamanya kerana anda harus mengerti yang mereka juga adalah generasi yang suka mengkritik tetapi menggunakan media sosial sebagai alat. Silap haribulan, dek kerana layanan anda yang suam-suam kuku ataupun kurang baik, akan tular pula satu Malaysia. Ini boleh buatkan bisnes anda melingkup tetapi jangan risau, netizen bijak dalam menilai, jika anda sudah berikan yang terbaik tetapi mereka tularkan atas sebab yang salah, pasti bisnes anda lebih maju. Lihat sahaja kes Cendol Durian Musang King yang dikatakan terlalu mahal dan cekik darah. Setelah tular, tukang ‘viral’ pula yang dikecam malah peniaga tersebut mendapat keuntungan berganda kerana bisnes mereka dipromosi secara percuma. Menarik bukan?

Sumber Rujukan:

https://ift.tt/2XVulDf

https://ift.tt/2xxP6f7



Sumber 3 STRATEGI UNTUK JADI USAHAWAN ERA MILENIA


Demikianlah Artikel 3 STRATEGI UNTUK JADI USAHAWAN ERA MILENIA

Sekianlah artikel 3 STRATEGI UNTUK JADI USAHAWAN ERA MILENIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: