Judul : “Tolong Jangan Sesuka Hati Nak Ambil Kerja Tuhan!” – Kak KM ‘Counter’ Balik Teguran Pendakwah
link : “Tolong Jangan Sesuka Hati Nak Ambil Kerja Tuhan!” – Kak KM ‘Counter’ Balik Teguran Pendakwah
“Tolong Jangan Sesuka Hati Nak Ambil Kerja Tuhan!” – Kak KM ‘Counter’ Balik Teguran Pendakwah
Setiap pengusaha kosmetik pasti akan ada trademark mereka sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran produk. Misalnya, Dato’ Seri Vida berpakaian labuci, warna merah jambu dan pose selfie dua jari di pipi.
Tak lupa juga dengan anak kepada pelakon Normah Damanhuri, Liana Rosli atau lebih mesra dengan nama Kak KM. Umumnya, Kak KM suka beraksi gha irah.
Susulan itu, teknik pemasaran yang mengeksploitasikan unsur-unsur se ksual itu telah mendapat perhatian penulis buku dakwah Ustaz Aiman Banna sehingga timbulnya konflik antara mereka ini.
Dapat halal Jakim tetapi tiada halal tuhan?
” DAPAT HALAL JAKIM TAPI TIADA HALAL TUHAN?
Saya dapat banyak DM dan permintaan untuk menegur seorang peniaga perempuan yang menjual produknya dengan cara lu cah dan langsung tidak syariah. Tetapi pada awalnya saya bersabar dahulu dan menghubungi beliau secara peribadi dan senyap. Saya dah Dm lebih seminggu dan tiada respon langsung. Saya melakukan dakwah fardhiah dan ingin berjumpa dengan beliau secara muka ke muka untuk membantunya berubah dan menasihati beliau. Namun malangnya diabaikan begitu sahaja terikat namun tak bertali mencuba eh ni lagu haqiem rusli. Sorry. Ok sambung isu ni.
Jadi teguran saya ini bukan untuk seorang individu SAHAJA, tetapi kepada semua peniaga di seluruh dunia yang berniaga yang tidak mengikut syariah. Salah tetap salah, yang haq tetap haq.
Jadi saya berharap semua sahabat followers saya boleh tolong komen di ig sesiapa yang terlibat untuk membaca mesej dakwah ini. Sesungguhnya saya tegur ini kerana sayang.
Amar makruf kita buat.
Nahi mungkar pun kita buat.
Kerana kita umat Nabi Muhammad.
Seorang Hamba,
Aiman Banna.
#UstazMinho”
Menerusi laman Instagram milik Ustaz Amin, beliau ada cuba menegur Kak KM terhadap cara pemasaran produknya secara peribadi. Setelah tiada maklum balas daripada pihak Kak KM, Ustaz Aiman membuat keputusan untuk menegurnya secara terbuka.
Teguran ‘DM’ Ustaz Aiman untuk Kak KM
Aku dah cakap jangan ambil kerja tuhan!! – Kak KM
Setelah posting tersebut ditayangkan secara umum, ia dapat perhatian Kak KM. Terpanggil dengan teguran secara terbuka itu, beliau tampil memberi respon tersebut.
Jom kita belajar apa maksud “kerja Tuhan” berdasarkan Al-Quran – Respon Ustaz Aiman
Setelah mendapat perhatian terhadap respon Kak KM, Ustaz Aiman membalas dengan tenang tanpa melatah. Di samping itu, Ustaz Aiman turut menasihati netizen agar jadikan “sahabatnya” Safiey Illias yang bersukan terbuka dan boleh menerima dakwah dengan baik dan lembut.
Bahkan, Ustaz Aiman tampil beri respon Kak KM yang menekankan ayat ‘jangan buat kerja tuhan’ dalam video tersebut.
“Saya DM & tegur open dengan keadaan yang sangat sopan dan baik, tiada maki tiada carut tiada hina, saya doakan harapan buatnya, tapi dibalasnya dengan carutan dan hinaan secara terbuka dalam bentuk video. .
Nasihat saya, contohilah sahabat saya, @safieyillias94 yang bila kita nasihat dan dakwah dia dengan baik dan lembut, beliau akan sentiasa “Aiman doakan saya ye…”, “Aiman kalau bangun tahajud jangan lupa doakan Safiey kuat ye nak hijrah…”. Moga Allah kurnia kamu dan saya hidayah inshaAllah.
And she keep on saying “Jangan buat kerja Tuhan!” selepas ditegur dan dinasihat.
Jom kita belajar apa maksud “kerja Tuhan” berdasarkan Al-Quran & Hadis inshaAllah.
Kalau nak tahu ‘kerja Tuhan’, Allah telah terangkan dalam Al-Quran, وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ – .
Maksud kalam mulia Ilahi ini ialah, Allah menciptakan kita semua; jin dan manusia untuk kita beribadat kepada-Nya. Supaya kita buat kebaikan dan tinggalkan kemungkaran.
Itulah kerja Tuhan menciptakan manusia supaya makhluk ciptaannya beribadat. Namun Allah Maha Hebat, Maha Mengetahui; Allah tahu bahawa akan ada diantara makhluknya akan membuat kemungkaran dan meninggalkan kebaikan. Oleh itu, antara ‘kerja Tuhan’ lagi ialah menyuruh umat Nabi Muhammad ini untuk laksanakan ayat ini,
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksud surat cinta dari Allah ini ialah Allah mahu kita untuk buat ‘kerja’ sebagai hamba Tuhan. ‘Kerja Tuhan’ yang kita sebagai umat Nabi Muhammad kena lakukan ialah AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.
Oleh itu, adanya saya di sini hari ini menegur dan menasihati umat Nabi Muhammad ini ialah kerana ingin melakukan ‘kerja Tuhan’ yang diamanahkan kepada saya iaitu AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.
Oleh itu fahamilah, teguran dan nasihat dari saya ialah kerana sayang. Teguran dan nasihat kerana cinta. Tiada niat nak menghina, tiada niat ingin merendahkan.
Demi Allah, saya mencintai kamu kerana Allah.
Moga Allah kurniakan kita syurga-Nya yang tertinggi. Amin
Seorang Hamba,
Aiman Banna
#UstazMinho”
Sumber : https://ift.tt/2IJiBfW
Sumber “Tolong Jangan Sesuka Hati Nak Ambil Kerja Tuhan!” – Kak KM ‘Counter’ Balik Teguran Pendakwah
Demikianlah Artikel “Tolong Jangan Sesuka Hati Nak Ambil Kerja Tuhan!” – Kak KM ‘Counter’ Balik Teguran Pendakwah
Sekianlah artikel “Tolong Jangan Sesuka Hati Nak Ambil Kerja Tuhan!” – Kak KM ‘Counter’ Balik Teguran Pendakwah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.