Judul : Teknologi Purba Gempa Bumi Alam Melayu
link : Teknologi Purba Gempa Bumi Alam Melayu
Teknologi Purba Gempa Bumi Alam Melayu
Saya mengucapkan takziah kepada masyarakat Palu yang ditimpa musibah gempa bumi dan tsunami baru-baru ini. Pilu rasa hati apatah lagi saya sendiri pernah menjejak ke bumi Sulawesi, keramahan masyarakatnya dan keindahan buminya masih segar dalam ingatan.
Kejadian gempa bumi ini mengingatkan saya pada satu teknologi penahan gempa bumi yang unik yang diamalkan oleh masyarakat Maranao di Marawi.
Orang-orang Maranao suatu ketika dahulu, apabila membuat rumah tradisional, mereka akan meletakkan batu-batu di bawah tiang-tiang rumah yang terdiri dari batang pokok yang besar. Batu-batu ini berfungsi sebagai geguli pada tiang rumah dan ianya mampu menyerap gegaran gempa bumi yang menyebabkan rumah mereka tidak runtuh dan kekal kukuh.
Ramai pakar-pakar dari luar yang telah membuat kajian tentang teknologi ini dan antaranya ialah pakar dari Jepun di mana dikatakan teknologi ini telah dibangunkan di Jepun.
Rumah-rumah tradisional orang Maranao ini dipanggil Torogan dan pada hari ini hanya tinggal sebuah sahaja lagi rumah Torogan yang asli. Rumah Torogan yang saya kunjungi ini adalah adalah satu-satunya yang masih wujud dan ianya berusia lebih 300 tahun.
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara