Judul : Neelofa tampil fesyen unik, tarik perhatian netizen
link : Neelofa tampil fesyen unik, tarik perhatian netizen
Neelofa tampil fesyen unik, tarik perhatian netizen
PELAKON dan pengacara terkenal, Neelofa sekali lagi menarik perhatian ramai apabila menggayakan fesyen bersama pouch bag besar ketika hadir di sebuah majlis pertunjukan fesyen baru-baru ini.Neelofa yang cukup terkenal dengan fesyennya yang tersendiri itu tampil mengenakan persalinan berwarna oren yang dikenakan dengan turban unik bersama pouch bag sebagai pelengkap gaya dan kelainan pada penampilannya.
Penampilan tersebut telah menarik perhatian ramai termasuk netizen yang tidak mahu ketinggalan untuk menyatakan pendapat mereka tentang fesyen yang dikenakan pengacara program MeleTOP ini.
Gaya ini mendapat pelbagai maklum balas. Ada yang tidak suka namun ramai juga di antara mereka yang memuji keberanian selebriti asal Kelantan ini yang sentiasa menampilkan kelainan dalam penampilan.
Bagaimanapun diharapkan netizen tidak keterlaluan dalam menulis komen mereka kerana Neelofa merupakan salah seorang duta kempen anti buli yang mengkritik tindakan netizen melemparkan komen negatif di media sosial.
Sumber Neelofa tampil fesyen unik, tarik perhatian netizen