Judul : 'Kenapa perlu bantah? Isteri patut dapat lebih dari 2% dari gaji suami'
link : 'Kenapa perlu bantah? Isteri patut dapat lebih dari 2% dari gaji suami'
'Kenapa perlu bantah? Isteri patut dapat lebih dari 2% dari gaji suami'
Kecoh seantero Facebook lantaran Kerajaan Harapan komited untuk mengotakan janji pemberian caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk isteri. Dengarnya, sistem itu didasarkan kepada mekanisme 2% diambil daripada gaji suami dan RM50 sumbangan kerajaan persekutuan dan dipotong setiap bulan.
Banyak pandangan pro dan kontra dan tidak terkurang juga cemuhan daripada para suami dan juga pembangkang.
Sebagai suami yang bekerja dan menanggung isteri yang tidak mempunyai pendapatan aktif, saya MENYOKONG sepenuhnya idea tersebut. Sebagai Orang HR yang bekerja menguruskan pekerja, termasuk pengurusan pemotongan caruman statutori seperti KWSP, saya turut MENYOKONG idea tersebut.
Kenapa sokong? Ia idea yang sangat baik, jadi kenapa perlu bantah. Terlebih lagi saya tiada apa hendak disembunyikan. Kononnya ramai lelaki membantah kerana ia tidak adil dan menyempitkan lagi kewangan mereka. Betulkah?
Jujurlah, berapa ramaikah di kalangan suami memberi isteri mereka nafkah secara konsisten setiap bulan? Ya, saya tahu hampir semua suami termasuk saya akan riak memberitahu memberinya. Tapi, dimanakah pengakhiran duit nafkah isteri itu, cuba jujur.
Okeylah, mari kita belajar apakah konsep mudah caruman KWSP.
Caruman KWSP adalah pemotongan wajib ke atas gaji bulanan pekerja dan turut dipotong daripada majikannya. Ia diremit terus ke akaun pekerja dan diurus selia oleh badan berkanun kerajaan iaitu Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Habis suri rumah tu pekerja ke?
Ya, jika beliau turut bekerja secara aktif, bermajikan dan mendapat gaji bulanan. Tidak, jika beliau hanya bekerja mengurus rumahtangga.
Dah tu, ia langgar undang-undanglah?
Begini, adakah isteri kita seorang pekerja? Ya. Biarpun beliau sekadar duduk di rumah mengurus rumahtangga, beliau adalah 'pekerja' aktif dengan kita suami sebagai majikan. Para isteri ini diberi 'faedah pekerjaan' seperti nafkah zahir dan batin, selain kasih sayang dan kepunyaan.
Jangan lupa bahawa perkahwinan itu sebenarnya adalah suatu ikatan kontrak sebagaimana dalam pekerjaan wujud kontrak perkhidmatan dan kontrak untuk perkhidmatan yang mana terma wajibnya ialah saraan dan potongan statutori.
Dah, jangan anggap saya samakan pengabdian kerja dan rumahtangga itu sama, ia sekadar konsep. Konsep!
Jadi, isteri bekerja, suami majikan dan turut diberi nafkah kewangan. Yang kurang sekarang ialah elemen caruman.
Kita faham sama faham yang nafkah untuk isteri hampir keseluruhannya kembali kepada suami untuk perbelanjaan rumahtangga. Itu fakta. Jadi apa yang tinggal untuk tugasan isteri selain kasih sayang, kepunyaan dan pahala?
Caruman KWSP isteri ini diwujudkan sebagai penghargaan atas kerja baik mereka terhadap suami dan keluarga. Bukan banyak pun, hanya 2%. Ia 2% daripada gaji suami tanpa tambahan nilai kerja lebih masa suami kerana caruman KWSP tidak termasuk nilai kerja lebih masa.
Patut-patut isteri dapat lebihkan sebab kerjanya 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Ia bermula sejak terlafaz ijab kabul sehingga nyawanya terpisah dari badan, jika tidak kena cerailah!
Saya tak mahu kira berapakah nilai 2% daripada gaji sebab saya malu itu nilai untuk kerja baik isteri menabur bakti setiap hari. Anda kirakanlah sendiri. Kerajaan sudah terlalu baik jika sudi memberi RM50 dengan menganggap merekalah majikan isteri kita. Dan saya mahu kita lihat dalam konteks yang lebih luas rasional kenapa ia hendak dilaksanakan.
Tidak mengira berapakah nilai 2% caruman kita kepada isteri, sebenarnya caruman itu mengesahkan isteri sebagai ahli KWSP dan mendapat faedahnya seperti berikut:
- Bantuan faedah kematian RM2,500. Ia sumbangan KWSP dan bukan daripada caruman ahli. Perincian harus dibuat adakah suami akan dapat jika isteri si suri rumah yang meninggal dunia.
- Pengeluaran kesihatan. Ia boleh dipakai untuk tanggung kos perubatan diri, suami, anak-anak dan ibu bapa isteri.
- Pengeluaran pelaburan. Boleh juga tambah pelaburan dalam unit amanah.
- Pengeluaran pendidikan. Isteri boleh sambung belajar atau lunaskan hutang belajar.
- Pengeluaran perumahan yang meliputi deposit pembelian rumah, mengurangkan baki pinjaman dan membayar ansuran bulanan.
- Pengeluaran haji. Boleh daftar untuk tempah tahun bagi tunai haji.
Apa pun, semua pandangan dan kelebihan ini sekadar gambaran kasar kerana pihak kerajaan dan KWSP perlu memperincikannya dan membentangkan di Parlimen untuk pindaan Akta KWSP.
Antara yang perlu diperhalusi ialah takrifan ahli KWSP yang kini meliputi isteri yang tidak bekerja aktif dan berharap gajian suami, peratusan sumbangan suami dan majikan (kerajaan), umur pencen dan umur pengeluaran keseluruhan. Penentuan sama ada mereka mendapat faedah yang sama seperti ahli lain juga penting dan digazetkan.
Kesimpulannya, saya menyokong caruman KWSP untuk kategori isteri suri rumah sepenuh masa ini dengan sepenuh hati.
Err... ada suami yang sokong tapi risau tembelang berkahwin lebih terburai lantaran potongan suami di penyata gaji akan direkodkan?
Begini, jika anda berani berkahwin lebih, kenalah juga tanggung kesannya. Walaupun ia halal, ia masih perlu disahkan pihak berotoriti dan dikhabarkan kepada isteri tua untuk elak isu di kemudian hari. Nak sorok pun berapa lama boleh sorok kerana bolehkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru?
Jangan nak sedap saja tapi lupa nafkah dan tanggungjawab. Bak kata arwah seniman Aziz Satar dalam filem Seniman Bujang Lapok, "Sedara ni berbini je pandai, tapi undang-undang bodoh!".
Sumber 'Kenapa perlu bantah? Isteri patut dapat lebih dari 2% dari gaji suami'
Demikianlah Artikel 'Kenapa perlu bantah? Isteri patut dapat lebih dari 2% dari gaji suami'
Sekianlah artikel 'Kenapa perlu bantah? Isteri patut dapat lebih dari 2% dari gaji suami' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.