Elfira jawab tuduhan jadi punca Nazim & Bella bercerai

Elfira jawab tuduhan jadi punca Nazim & Bella bercerai - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Elfira jawab tuduhan jadi punca Nazim & Bella bercerai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Elfira jawab tuduhan jadi punca Nazim & Bella bercerai
link : Elfira jawab tuduhan jadi punca Nazim & Bella bercerai

Baca juga


Elfira jawab tuduhan jadi punca Nazim & Bella bercerai

Kisah perceraian pasangan artis, Nazim Othman dan Bella Dally turut memberi tempias kepada pelakon, Elfira Loy.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 24, dituduh menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan itu.

Tuduhan tersebut dibuat oleh seorang pemilik akaun di laman Twitter bernama Mohamad Azif.

Malah, netizen itu juga turut mengaitkan nama bekas tunang Elfira iaitu penyanyi Sufian Suhaimi.

"Rupanya Elfira Loy punca Nazim Othman bercerai Bella, dah putus dengan Sufian pergi hancur rumah tangga orang lain hmmm," tulis Azif.

Bagaimanapun, pelakon drama Kerna Syurga Bukan Percuma ini tidak mendiamkan diri dan membalas semula tweet tersebut.

Kata Elfira, dia berasa sakit hati dengan dakwaan tersebut namun tidak mahu ada perasaan marah kerana menghormati bulan yang mulia ini.

Elfira turut mempersoalkan tindakan individu tersebut yang sekadar ingin mendapatkan perhatian atau sengaja mahu memfitnahnya.

"Bulan yang mulia ini tak baik marah-marah tapi sakit jugalah hati ini.

"Adakah awak tweet sekadar untuk mendapat retweet atau memang nak fitnah saya?," kata Elfira menerusi laman Twitternya.

Rata-rata pengikut Elfira di laman sosial menasihati pelakon wanita itu supaya bersabar dan mengecam semula individu tersebut.

Difahamkan, Elfira dan pasangan itu sememangnya sudah lama berkawan rapat. Elfira dan Bella juga kerap meluangkan masa bersama.

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan kenyataan Nazim dan Bella yang memberitahu perkahwinan mereka sudah berakhir.

Berita sedih itu disampaikan oleh mereka berdua menerusi laman Instagram masing-masing pada Khamis.

Nazim ada memuat naik status di Instastorynya mengatakan dia mahu bekas isterinya itu meneruskan kehidupan dengan tenang dan mengejar cita-cita.

Sehingga kini, Nazim mahupun Bella hanya mengunci mulut punca sebenar perkahwinan yang dibina selama dua tahun itu berakhir.



Sumber Elfira jawab tuduhan jadi punca Nazim & Bella bercerai


Demikianlah Artikel Elfira jawab tuduhan jadi punca Nazim & Bella bercerai

Sekianlah artikel Elfira jawab tuduhan jadi punca Nazim & Bella bercerai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.