Ada cubaan rosak perpaduan - Bashah

Ada cubaan rosak perpaduan - Bashah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Ada cubaan rosak perpaduan - Bashah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ada cubaan rosak perpaduan - Bashah
link : Ada cubaan rosak perpaduan - Bashah

Baca juga


Ada cubaan rosak perpaduan - Bashah

ALOR SETAR: Penyebaran senarai yang didakwa sebagai nama calon Barisan Nasional (BN) Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) dilihat sebagai cubaan merosakkan perpaduan parti berkenaan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, menafikan senarai calon berkenaan adalah sahih, sebaliknya menyifatkan ia sengaja direka pihak yang tidak senang dengan keharmonian BN.

"Kalau namanya viral, jangan percaya. Ini bukan kali pertama berlaku dan tujuannya hanya untuk melaga-lagakan dan mahu menimbulkan kemarahan pihak tertentu.

"Ada yang kata EXCO ini tidak lekat (terpilih), orang ini tidak lekat. Lekat ka tak tunggu kita umum nanti," katanya ketika ditemui di Dewan Seri Mentaloon di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas penyebaran mesej di aplikasi WhatsApp yang didakwa sebagai nama calon awal BN Kedah pada PRU-14.

Mesej berkenaan antara lain menyenaraikan nama mereka yang dikatakan bakal calon BN di 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

Penyebaran mesej berkenaan juga dilihat cuba mencetuskan ketegangan dalam kalangan EXCO, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sedia ada apabila beberapa nama 'digugurkan'.

Bashah berkata, kesahihan senarai calon akan terjawab apabila beliau mengumumkannya dan bukannya melalui media sosial.

"Kita akan umum di hadapan media, tidak perlu sebar seperti ini," katanya.

Terdahulu, Bashah merasmikan Program Jelajah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAP) Prihatin Kedah 2018.

Pada majlis berkenaan, seramai 50 ibu bapa serta penjaga pelajar dari sekolah sekitar DUN Bakar Bata menerima bantuan awal persekolahan menerusi pemberian baucar.

Baucar bernilai RM100 itu boleh ditebus di pasar raya Tesco yang mana ibu bapa boleh membeli dan memilih kelengkapan persekolahan anak masing-masing.



Sumber Ada cubaan rosak perpaduan - Bashah


Demikianlah Artikel Ada cubaan rosak perpaduan - Bashah

Sekianlah artikel Ada cubaan rosak perpaduan - Bashah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.