Tiga anak mati ditekup bantal, bapa ditemui tergantung

Tiga anak mati ditekup bantal, bapa ditemui tergantung - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Tiga anak mati ditekup bantal, bapa ditemui tergantung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga anak mati ditekup bantal, bapa ditemui tergantung
link : Tiga anak mati ditekup bantal, bapa ditemui tergantung

Baca juga


Tiga anak mati ditekup bantal, bapa ditemui tergantung

Polis mengusung satu daripada mayat empat beranak di sebuah rumah di Perdana Heights, Sungai Petani. — Foto ihsan Facebook/Penang OnlinePolis mengusung satu daripada mayat empat beranak di sebuah rumah di Perdana Heights, Sungai Petani. — Foto ihsan Facebook/Penang OnlineSUNGAI PETANI, 20 Nov — Seorang bapa dan tiga anaknya ditemui mati di dalam bilik di sebuah rumah di Lot 88 Perdana Heights di sini, hari ini.

Lelaki berumur 48 tahun dan dua anak lelakinya yang berusia lima dan enam tahun serta anak perempuannya yang berumur lapan tahun ditemui mati pada 2 petang tadi, kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al-Athrash Wahid.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, beliau berkata siasatan awal pihaknya mendapati lelaki itu dipercayai menggantungkan diri selepas membunuh tiga anaknya dengan kemungkinan cara menekup muka mereka dengan bantal.

“Kami percaya sebelum lelaki ini gantung dirinya, dia bunuh tiga anaknya dahulu...kami percaya kemungkinan dengan cara tekup muka anak-anak dengan bantal,” katanya.

Beliau berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah kewangan yang dialami keluarga terbabit.

Mior Farid berkata setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah  Bahiyah di Alor Setar untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, anak sulung mangsa daripada perkahwinan pertamanya berkata dua hari lepas, dia dan adik perempuannya yang berumur 19 tahun berjumpa dengan bapanya.

Pemuda berumur 20 tahun itu berkata pada pertemuan itu, bapanya ada memberitahu yang dia berasa sedih.

“Saya tidak tahu sebab ayah sedih.Saya difahamkan kesemua adik juga sudah seminggu tidak ke sekolah selepas ibu mereka meninggal dunia 20 hari lepas,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. — Bernama 



Sumber Tiga anak mati ditekup bantal, bapa ditemui tergantung


Demikianlah Artikel Tiga anak mati ditekup bantal, bapa ditemui tergantung

Sekianlah artikel Tiga anak mati ditekup bantal, bapa ditemui tergantung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :