Judul : Sarjana balik tirai besi, banduan sasar PhD pula
link : Sarjana balik tirai besi, banduan sasar PhD pula
Sarjana balik tirai besi, banduan sasar PhD pula
Jim, 31, (bukan nama sebenar) bercita-cita meneruskan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang perntadbiran perniagaan. — Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR, 26 Nov ― Seorang banduan hari ini mendapat ijazah sarjana dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dalam bidang pentadbiran perniagaan.
Mengumpul jumlah markah kumulatif (CGPA) 3.26 mata, Jim, 31, (bukan nama sebenar) bercita-cita meneruskan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang sama.
Dihukum penjara seumur hidup di Penjara Kajang kerana membunuh pada usia 17 tahun, Jim tidak patah semangat untuk belajar dan mahu diterima masyarakat.
Anak sulung lima beradik itu berasa bertuah kerana keluarga menaja pengajiannya sewaktu dalam penjara. Dia juga sudah insaf untuk mengulangi kesilapan lalu.
“Apa yang penting ialah saya tidak berasa malu dengan diri sendiri. Stigma itu sudah tiada. Saya menerima bagaimana masyarakat memandang saya.
“Satu perkara yang saya belajar sepanjang 14 tahun dalam penjara ialah bagaimana mengawal emosi,” katanya ketika ditemui selepas majlis graduasi.
“Jadi saya tidak akan membiarkan masyarakat memandang rendah pada saya.”
Jim telah memohon pengampunan diraja dengan sokongan Jabatan Penjara.
Baca selanjutnya di Malay Mail Online
Sumber Sarjana balik tirai besi, banduan sasar PhD pula