Pesanan Majlis Peperiksaan Malaysia kepada calon STPM berdepan bencana alam

Pesanan Majlis Peperiksaan Malaysia kepada calon STPM berdepan bencana alam - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pesanan Majlis Peperiksaan Malaysia kepada calon STPM berdepan bencana alam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesanan Majlis Peperiksaan Malaysia kepada calon STPM berdepan bencana alam
link : Pesanan Majlis Peperiksaan Malaysia kepada calon STPM berdepan bencana alam

Baca juga


Pesanan Majlis Peperiksaan Malaysia kepada calon STPM berdepan bencana alam

KEPADA calon-calon peperiksaan STPM yang terlibat dengan banjir;

Sukacita dimaklumkan bahawa peperiksaan Penggal 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 telah bermula pada 6 November 2017 di 683 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Sepanjang tempoh berlangsungnya peperiksaan STPM ini, jika sekiranya berlaku sebarang bencana alam, seperti banjir atau tanah runtuh, dan calon mendapati sukar untuk sampai ke pusat peperiksaan STPM, calon dinasihati supaya pergi ke pusat peperiksaan yang berdekatan dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di pusat peperiksaan yang berkenaan bagi menduduki kertas peperiksaan pada hari tersebut.

Bagi menghadapi sebarang kemungkinan tersebut semasa peperiksaan STPM berlangsung, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah membuka Bilik Gerakan yang boleh dihubungi melalui telefon di talian 03-61261668. Bilik Gerakan ini beroperasi dari jam 7:00 pagi hingga 5:00 petang.

Talian telefon lain yang boleh dihubungi ialah 03-61261600 (Am)/03-61261650/03-61261651/03-61261653/03-61261661/03-61261662.

Calon juga dinasihati agar sentiasa menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mengetahui status semasa di negeri masing-masing.

Selain daripada itu, calon juga dinasihati supaya sentiasa membawa kad pengenalan. Bagi calon persendirian individu, mereka hendaklah juga membawa slip Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) bagi peperiksaan STPM semasa hadir menduduki peperiksaan ini.

Calon boleh mencetak LPKC masing-masing melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my. Calon juga dinasihati agar menyemak nama pusat peperiksaan yang akan diduduki bagi mengelak daripada hadir di pusat peperiksaan yang salah.

Saya dan MPM mendoakan yang terbaik kepada semua calon dan Petugas Peperiksaan.

Didoakan keadaan kembali pulih di negeri-negeri yang dilanda banjir.

Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak
Pengerusi
Majlis Peperiksaan Malaysia
Naib Canselor
Universiti Utara Malaysia



Sumber Pesanan Majlis Peperiksaan Malaysia kepada calon STPM berdepan bencana alam


Demikianlah Artikel Pesanan Majlis Peperiksaan Malaysia kepada calon STPM berdepan bencana alam

Sekianlah artikel Pesanan Majlis Peperiksaan Malaysia kepada calon STPM berdepan bencana alam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :