Pendang kena puting beliung, 12 rumah rosak teruk (VIDEO)

Pendang kena puting beliung, 12 rumah rosak teruk (VIDEO) - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pendang kena puting beliung, 12 rumah rosak teruk (VIDEO), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendang kena puting beliung, 12 rumah rosak teruk (VIDEO)
link : Pendang kena puting beliung, 12 rumah rosak teruk (VIDEO)

Baca juga


Pendang kena puting beliung, 12 rumah rosak teruk (VIDEO)

Kebanyakan bumbung rumah tercabut dan diterbangkan angin ke kawasan bendang berhampiran akibat pusaran angin yang kuat. ― Foto ihsan Facebook/ NazreenKebanyakan bumbung rumah tercabut dan diterbangkan angin ke kawasan bendang berhampiran akibat pusaran angin yang kuat. ― Foto ihsan Facebook/ NazreenPENDANG, 11 Nov ― Kira-kira 12 rumah di Kampung Alor Ali dan Kampung Rambai di sini rosak teruk selepas dilanda angin puting beliung petang semalam.

Kejadian kira-kira 6 petang itu telah menyebabkan kebanyakan bumbung rumah terbabit tercabut dan diterbangkan angin ke kawasan bendang berhampiran akibat pusaran angin yang kuat disusuli hujan lebat selama 10 minit.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Alor Ali Ahmad Shukri Omar berkata rumah yang rosak itu membabitkan enam rumah di Kampung Alor Ali manakala selebihnya di kampung bersebelahan iaitu Kampung Rambai.

Beliau berkata sebelum menghampiri kampung berkenaan pusaran angin itu menarik air di dalam bendang ke atas sebelum bergerak membadai perkampungan itu.

“Buat masa ini, saya jadikan rumah saya sebagai penempatan sementara bagi menempatkan kesemua mangsa sebelum tindakan lanjut daripada pihak berwajib,” katanya kepada Bernama malam tadi.

Seorang mangsa Che Haminah Awang,  67, yang juga ibu tunggal berkata kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak dia menetap di kampung itu lebih 50 tahun lepas.

Katanya angin kuat yang datang itu dengan begitu pantas hingga menyebabkan bumbung rumahnya tercabut sebelum diterbangkan ke rumah jiran berhampiran.

“Angin sangat kuat sehingga saya dan dua orang cucu terpaksa lari menyelamatkan diri keluar dari rumah bagi mengelak dihempap kayu bumbung,” katanya.

Che Haminah berkata berikutan kejadian itu dia mengalami kerugian ribuan ringgit apabila kelengkapan rumah seperti televisyen, almari baju, mesin basuh dan peralatan elektrik rosak.

Seorang lagi mangsa Norlijam Sari Hussin,  40, berkata ketika kejadian dia bersama beberapa jiran yang datang berkunjung ke rumahnya pada waktu itu terpaksa berlindung di dalam rumahnya itu dan hanya mampu melaungkan azan dalam keadaan cemas bagi meredakan keadaan itu.

“Kami tidak pernah alami perasaan sebegini sebelum ini di mana angin itu kelihatan ‘ganas’ sehingga menggegarkan rumah dan mencabut bumbung rumah dengan sekelip mata,” katanya.           

Dalam pada itu, Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pendang Sarjan Fairol Azhar Mohd Arshad berkata lapan anggota APM bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat orang awam berhubung kejadian itu pada 6.30 petang.

“Kami membantu mengalihkan perabot dan peralatan rumah penduduk. Syukur tiada penduduk yang tercedera dalam kejadian tersebut,” katanya. ― Bernama



Sumber Pendang kena puting beliung, 12 rumah rosak teruk (VIDEO)


Demikianlah Artikel Pendang kena puting beliung, 12 rumah rosak teruk (VIDEO)

Sekianlah artikel Pendang kena puting beliung, 12 rumah rosak teruk (VIDEO) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :