Judul : Pelajar mengaku rancang serangan bom di Festival Beer sepatutnya duduki SPTM esok
link : Pelajar mengaku rancang serangan bom di Festival Beer sepatutnya duduki SPTM esok
Pelajar mengaku rancang serangan bom di Festival Beer sepatutnya duduki SPTM esok
Pelajar mengaku rancang serangan bom di Festival Beer sepatutnya duduki SPTM esok
Kota Bharu – Seorang pelajar tingkatan 6 yang dipercayai merancang serangan ke atas Better Beer Festival mengaku bersalah di mahkamah sesyen hari ini atas tuduhan memiliki dua biji bom
Lelaki berusia 19 tahun itu turut berhadapan dengan empat pertuduhan lain yang berkaitan dengan penglibatan dalam kumpulan pengganas Daesh.
Tertuduh yang sepatutnya menduduki STPM esok didakwa mengikut Seksyen 8, Akta Senjata Api 1971 kerana memiliki dua butir bom ‘improvised explosive device’ buatan sendiri di sebuah rumah di Pasir Puteh, pada jam 6.05 petang, 10 Oktober lalu.
Pelajar itu turut didakwa memberi latihan menerusi WhatsApp; hadir di tempat latihan pengganas; memaparkan bahan berkaitan kumpulan pengganas serta memiliki gambar, video dan dokumen bersabit kumpulan pengganas tersebut.
Tertuduh hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan terhadap keempat-empat tuduhan tersebut.
Sumber: SK
Sumber Pelajar mengaku rancang serangan bom di Festival Beer sepatutnya duduki SPTM esok