Judul : Mungkin Kawan Duduk Sebelah Kita Sebenarnya Sakit Mental?
link : Mungkin Kawan Duduk Sebelah Kita Sebenarnya Sakit Mental?
Mungkin Kawan Duduk Sebelah Kita Sebenarnya Sakit Mental?
Mungkin tanpa disedari rakan baik anda sebenarnya mempunyai masalah mental. (Gambar: Thoughtcatalog)
Menurut laporan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Program Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun lalu mendapati bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai sakit mental meningkat daripada 10.6 peratus pada tahun 1996 kepada 29.2 peratus pada tahun 2015.
Ini bermakna hampir 30 peratus rakyat Malaysia dilaporkan menghadapi penyakit mental. Anda mungkin tak percaya dengan fakta ini dan beranggapan ini hanya satu gurauan.
SIAPA SEBENARNYA PESAKIT MENTAL?
Mengikut fakta kes pesakit pesakit mental yang dirawat di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak hanya mewakili 1 peratus daripada jumlah keseluruhan. Di sana, kebanyakan pesakit yang mengalami sakit mental kronik seperti skizofrenia atau split personality sahaja yang dirawat dengan rapi.
Selebihnya, mereka yang mengalami penyakit mental lain seperti kemurungan ('depression'), kebimbangan ('anxiety') dan bipolar masih ramai hidup bebas dalam kalangan kita semua termasuk rakan sepejabat yang duduk bersebelahan tidak sedar mereka sebenarnya perlu dirawat!
Secara dasarnya, skizofrenia ialah sejenis penyakit mental di mana pesakit mengalami gangguan perasaan, pemikiran, emosi dan tingkah laku yang menyebabkan mereka seolah-olah berada dalam dunia mereka sendiri.
Tidak hairanlah saban hari kejadian isteri bunuh suami, anak bunuh ibu atau pelbagai kejadian yang tidak masuk akal semakin menjadi-jadi ketika ini. Ini berpunca daripada kelemahan seseorang individu itu untuk mengawal tekanan atau perasaan murung yang dihadapi.
Alex Korb, seorang penyelidik ilmu saraf dari UCLA yang menulis buku 'The Upward Spiral' menjelaskan lima perkara membuatkan hidup anda lebih bahagia dan tenang jika dilanda tekanan.
1. Mendengar muzik
Muzik mempengaruhi otak dengan cara menenangkan iaitu mengingatkan anda mengenai kenangan saat berada di tempat yang indah. Misalnya saat berbulan madu, kenangan ketika zaman kanak-kanak atau saat pertama kali jatuh cinta bersama pasangan anda.
Ramai yang percaya mendengar muzik yang digemari akan menbawa anda memasuki satu dunia yang lebih membahagiakan dan meningkatkan mood anda secara tidak langsung.
2. Senyum
Akal manusia tidak selalunya berada dalam keadaan cerdas atau waras. Kadangkala manusia seperti tidak mengetahui apakah yang berlaku disekelilingnya.
Namun, pernah tak anda mengalami situasi di mana keadaan yang tegang dan tidak terkawal seolah-olah menjadi okay jika melihat orang di sekeliling anda melemparkan senyuman.
Begitulah hebatnya kuasa senyum. Selain membantu diri anda merasa tenang dan relaks, ia juga membantu orang sekeliling anda berasa lebih dihargai sekali gus mencipta ruang positif antara anda dan orang lain.
Anda juga merasa bahagia apabila ada individu atau perkara yang membuatkan anda tersenyum. Senyum bekerja dua arah: ketika anda tersenyum, otak anda dapat mengesan seolah-olah mengatakan 'saya tersenyum bermakna saya merasa tenang'. Tersenyum juga dapat mencipta momen kebahagian antara anda dan pasangan.
3. Sentiasa fikirkan tujuan hidup
Jika anda berasa tertekan, sentiasa memikirkan tujuan jangka panjang dalam hidup yang dijalani. Ia akan menghantar isyarat positif kepada otak anda untuk membuatkan anda merasa lebih baik dan lebih bermotivasi.
Kadangkala anda tidak tahu tujuan hidup anda, selalulah berfikir apakah tujuan jangka panjang anda. Apa yang akan anda capai jika mencapai usia 60 tahun nanti. Apa yang anda mahukan ketika itu? dengan memikirkan kehidupan masa hadapan, ia akan membuatkan anda lebih menghargai setiap masa yang ada dan sentiasa bekerja keras untuk memperbaiki diri.
4. Tidur cukup
Nampak seperti mustahil untuk mendapatkan tidur yang cukup. Jika tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, keadaan itu sendiri mendesak kita untuk bangun di awal pagi dan pulang kerja sehingga lewat malam.
Namun, anda harus bijak mencipta peluang dengan merencana jadual untuk diri anda sendiri. Pastikan anda menikmati sekurang-kurangnya 8 jam tidur berkualiti dan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk kekal cergas dan cerdas.
Tekanan akan mengganggu pola tidur anda. Buku 'The Upward Spiral' ini juga menjelaskan tidur teratur setiap malam juga akan meningkatkan kebahagiaan dan kualiti tidur anda menjadi lebih baik.
5. Jangan tangguh kerja, bangun awal pagi
Sikap tangguh kerja boleh menyebabkan anda terjerumus ke situasi tekanan. Ini kerana anda memiliki waktu yang singkat untuk menyiapkan sesuatu kerja yang dipertanggungjawabkan oleh majikan.
Jadi, untuk mengurangkan stress dan menjadi bahagia, anda harus menghilangkan kebiasaan menangguh kerja dan paling penting, mula bangun awal pagi dengan memulakan rutin ringkas seperti senaman ringan. Percayalah jika anda berdisiplin sepertimana diperkatakan Korb, hidup anda lebih bermakna dan menyeronokkan!
Sumber Mungkin Kawan Duduk Sebelah Kita Sebenarnya Sakit Mental?