Lebih 1.7 juta pekerja asing, beza gaji RM800 dengan bakat tempatan

Lebih 1.7 juta pekerja asing, beza gaji RM800 dengan bakat tempatan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Lebih 1.7 juta pekerja asing, beza gaji RM800 dengan bakat tempatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih 1.7 juta pekerja asing, beza gaji RM800 dengan bakat tempatan
link : Lebih 1.7 juta pekerja asing, beza gaji RM800 dengan bakat tempatan

Baca juga


Lebih 1.7 juta pekerja asing, beza gaji RM800 dengan bakat tempatan

KUALA LUMPUR: Lebih 1.7 juta pekerja asing berdaftar direkodkan bekerja di negara ini sehingga 30 September 2017.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), kebanyakan pekerja asing itu memenuhi sektor pekerjaan 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar.

Menurut Ismail, berdasarkan gaji median, dianggarkan perbezaan gaji di antara pekerja tempatan dengan pekerja bukan warganegara ialah RM800.

"Negara kita masih perlu tenaga pekerja asing untuk pekerjaan 3D, yang tidak diminati pekerja tempatan.

"Menurut statistik Penyiasatan Gaji dan Upah 2016 yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia, gaji median bagi pekerja warganegara Malaysia pada tahun 2016 adalah sebanyak RM2,000 manakala gaji median pekerja bukan warganegara pula adalah sebanyak RM1,200," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Makin @ Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang meminta Kementerian Sumber Manusia menyatakan berapa ramaikah pekerja asing yang berdaftar dan bekerja di negara ini mengikut pecahan negara asal mereka, dan berapa jumlah anggaran bayaran gaji atau upah mereka setiap tahun.

Mengikut statistik JIM, pekerja asing warga Indonesia direkodkan tertinggi iaitu 707,181 diikuti Nepal (385,320), Bangladesh (222,868), Myanmar (121,050), India (113,628), Pakistan (58,957), Filipina (55,120), Vietnam (26,387), China (17,516), Thailand (14,650), Sri Lanka (5,613), Kemboja (4,621) dan Laos (33).

Ia menjadikan keseluruhan 1,732,944 pekerja warganegara asing yang bekerja di negara ini hingga 30 September 2017.



Sumber Lebih 1.7 juta pekerja asing, beza gaji RM800 dengan bakat tempatan


Demikianlah Artikel Lebih 1.7 juta pekerja asing, beza gaji RM800 dengan bakat tempatan

Sekianlah artikel Lebih 1.7 juta pekerja asing, beza gaji RM800 dengan bakat tempatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :