Lapan bulan dikurung majikan, tiga wanita terselamat

Lapan bulan dikurung majikan, tiga wanita terselamat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Lapan bulan dikurung majikan, tiga wanita terselamat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lapan bulan dikurung majikan, tiga wanita terselamat
link : Lapan bulan dikurung majikan, tiga wanita terselamat

Baca juga


Lapan bulan dikurung majikan, tiga wanita terselamat

Polis menahan empat penyelia termasuk dua wanita berusia 21 hingga 66 tahun bagi membantu siasatan di premis berkenaan. ― Foto AFPPolis menahan empat penyelia termasuk dua wanita berusia 21 hingga 66 tahun bagi membantu siasatan di premis berkenaan. ― Foto AFPBUKIT MERTAJAM, 14 Nov ― Polis menyelamatkan tiga wanita Indonesia yang dipaksa bekerja tanpa gaji dan dikurung di sebuah kilang di Taman Machang Bubok, di sini sejak lapan bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis mendapat maklumat daripada orang awam yang memaklumkan terjumpa nota daripada tiga pekerja itu meminta tolong kerana sudah tidak tahan dikurung di premis kilang berkenaan.

“Sepasukan polis membuat pemeriksaan di kilang itu pada pukul 10.40 pagi dan menemui tiga wanita berkenaan berusia 21 hingga 25 tahun yang dikurung di sebuah bilik di premis berkenaan. Mereka dalam keadaan ketakutan.

“Mereka yang mempunyai pasport itu meminta tolong dengan mencampakkan sekeping kertas dengan menulis nota ‘ibu. Tolong saya, saya mau lari’ dan ia dijumpai oleh seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan kilang itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan empat penyelia termasuk dua wanita berusia 21 hingga 66 tahun, seorang daripadanya ibu kepada pemilik kilang berkenaan bagi membantu siasatan di premis berkenaan.

Nik Ros Azhan berkata pemilik kilang membuat sarung bantal itu berada di luar negara kerana urusan perniagaan dan polis akan menahan lelaki itu sebaik dia pulang ke negeri ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, tiga wanita itu mendakwa mereka bekerja di kilang berkenaan sejak lapan bulan lepas namun tidak dibayar gaji malah dikurung di sebuah bilik di situ selepas kerja.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan empat yang ditahan itu kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan,” katanya. ― Bernama



Sumber Lapan bulan dikurung majikan, tiga wanita terselamat


Demikianlah Artikel Lapan bulan dikurung majikan, tiga wanita terselamat

Sekianlah artikel Lapan bulan dikurung majikan, tiga wanita terselamat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :