'Komen negatif? biarlah!'- Samantha tak kisah digelar 'Gadis Nasi Lemak'

'Komen negatif? biarlah!'- Samantha tak kisah digelar 'Gadis Nasi Lemak' - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 'Komen negatif? biarlah!'- Samantha tak kisah digelar 'Gadis Nasi Lemak', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Komen negatif? biarlah!'- Samantha tak kisah digelar 'Gadis Nasi Lemak'
link : 'Komen negatif? biarlah!'- Samantha tak kisah digelar 'Gadis Nasi Lemak'

Baca juga


'Komen negatif? biarlah!'- Samantha tak kisah digelar 'Gadis Nasi Lemak'

PESERTA Miss Universe 2017,  Samantha Katie James akui tidak mengendahkan komen negatif selepas gaun 'nasi lemak daun pisang' yang digayakannya pada Isnin lalu menjadi tular dan dikritik.

Sebaliknya, Samantha,22, berkata dia berbangga kerana bakal memperagakan pakaian rekaan Brian Khoo itu pada pertandingan yang akan diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat penghujung bulan ini.

BACA: 'Telur mata kerbau dan nasi lemak sambal ikan bilis' taruhan Miss Universe Malaysia

"Sejak ia viral, saya terima banyak komen termasuk yang negatif tetapi saya tidak berniat untuk melayan mahu pun membacanya.

"Ada sahaja komen negatif di laman sosial, saya terus alihkan pandangan.

"Buang masa kerana saya tahu baju saya digemari oleh orang luar negara terutama antarabangsa. Mereka suka dan memujinya.

"Lagipun, saya berbangga dengan busana itu kerana ia rekaan yang sangat kreatif daripada Brian dan kebetulan saya memang meminati hasil kerjanya," katanya kepada Astro Gempak.

BACA: Busana nasi lemak bakal jadi 'kunci' kemenangan Miss Universe kita - Pereka Brian Khoo

Samantha ditemui pada majlis tayangan perdana supertelefilem Wanita Terindah yang berlangsung di GSC Pavilion malam tadi.

Pemenang Miss Malaysia Universe itu mengulas kritikan negatif orang ramai mengenai busana tersebut yang disifatkan sebagai tidak sesuai untuk digayakan ke pertandingan besar seperti Miss Universe.

Sementara itu, Samantha memberitahu dia tidak kisah jika namanya selepas ini popular dengan gelaran 'Gadis Nasi Lemak'.

"Saya tidak kisah pun jika dikenali dengan gelaran 'Gadis Nasi Lemak' dan ia terus melekat.

"Baik atau buruk sesuatu publisiti itu ia tetap publisiti. Saya terima," katanya lagi.

Wanita Terindah merupakan naskah Melayu kedua lakonan Samantha selepas filem Kastil Tua.

Selain Samantha, ia turut membariskan pelakon seperti Fattah Amin, Nur Fazura, Liza Othman, Redzuan Hashim, Adam Mika dan Sarah Hildebrand.

Ia disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (saluran 480) bermula 2 November ini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal



Sumber 'Komen negatif? biarlah!'- Samantha tak kisah digelar 'Gadis Nasi Lemak'


Demikianlah Artikel 'Komen negatif? biarlah!'- Samantha tak kisah digelar 'Gadis Nasi Lemak'

Sekianlah artikel 'Komen negatif? biarlah!'- Samantha tak kisah digelar 'Gadis Nasi Lemak' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :