Khidmat masyarakat berjaya

Khidmat masyarakat berjaya - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Khidmat masyarakat berjaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khidmat masyarakat berjaya
link : Khidmat masyarakat berjaya

Baca juga


Khidmat masyarakat berjaya

KUALA LUMPUR: Kajian menunjukkan kebanyakan responden bersetuju Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) memberi kesan positif kepada pesalah muda sejak ia dilaksanakan pada 2008.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata kajian dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) ke atas 653 pelatih dan bekas pelatih hukuman itu, baru-baru ini mendapati ia berjaya memulihkan pesalah muda untuk kembali ke pangkal jalan.

Katanya menerusi Hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 240 jam bagi juvana melakukan kesalahan kecil dilihat membantu mencetus rasa insaf dalam diri mereka.

"Kami gembira dengan dapatan kajian ini dan bersyukur kerana ia memberi impak, sebagaimana kita inginkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Merasmikan Majlis Penutup Simposium PKM 2017 di Institut Sosial Malaysia, di sini semalam.

Simposium tahunan yang diadakan untuk tahun kelima itu, dianjurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ia dihadiri kira-kira 300 pegawai daripada agensi kerajaan berkaitan, dari seluruh negara.

Simposium itu bertujuan mengukuhkan kefahaman pihak berkaitan terhadap PKM.

Azizah berkata, manfaat program itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Sehingga Julai 2017, katanya, sebanyak 17,647 Laporan Sosial Pesalah Muda disediakan dengan 4,811 dijatuhi hukuman PKM.

"Sepanjang tahun ini sebanyak 67 program pencegahan dan pemulihan dilaksana dalam usaha memberi hukuman, pemulihan dan keinsafan dalam kalangan pelatih.

"Antara yang aktif dilaksana ialah program kerjaya, program bersama-sama ibu bapa dan Kem Kerohanian PKM Kebangsaan," katanya.



Sumber Khidmat masyarakat berjaya


Demikianlah Artikel Khidmat masyarakat berjaya

Sekianlah artikel Khidmat masyarakat berjaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: