Judul : F&N raih untung RM353.71 juta
link : F&N raih untung RM353.71 juta
F&N raih untung RM353.71 juta
KUALA LUMPUR: Untung sebelum cukai Fraser and Neave Holdings Bhd (F&N) bagi tahun kewangan yang berakhir 30 September 2017, susut kepada RM353.71 juta daripada RM442.93 juta pada tahun lalu.
Pendapatan susut kepada RM4.1 bilion daripada RM4.16 bilion sebelumnya, disebabkan terutama prestasi lemah di Malaysia, berikutan sentimen lemah pengguna dan tekanan harga sengit daripada pesaing.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, F&N berkata, keuntungan operasi daripada perniagaan di Malaysia susut disebabkan hasil rendah ditambah dengan kos input, perbelanjaan pengiklanan dan promosi serta overhed tinggi.
Bagaimanapun, operasi syarikat itu di Thailand mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan dengan hasil dan keuntungan operasi berkembang masing-masing kepada 8.7 peratus dan 14.3 peratus.
Mengenai prospek masa depan, F&N berkata, perniagaan di Malaysia dijangka terus mencabar berikutan tekanan harga yang kompetitif dan permintaan lemah daripada pengguna.
"Prospek perniagaan di Thailand positif. Bagaimanapun, syarikat kekal berhati-hati dengan keadaan sentimen pengguna," katanya. - BERNAMA
Sumber F&N raih untung RM353.71 juta