Kerajaan Negeri nafi tidak isytihar pemberian MARRIS

Kerajaan Negeri nafi tidak isytihar pemberian MARRIS - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kerajaan Negeri nafi tidak isytihar pemberian MARRIS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Negeri nafi tidak isytihar pemberian MARRIS
link : Kerajaan Negeri nafi tidak isytihar pemberian MARRIS

Baca juga


Kerajaan Negeri nafi tidak isytihar pemberian MARRIS

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menafikan dakwaan ia tidak mengisytiharkan pemberian Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) seperti ditimbulkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan, Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib, dalam satu kenyataan berkata, peruntukan MARRIS diperakaunkan di bawah Pelbagai Akaun Amanah Kerajaan di dalam Akaun Amanah Disatukan Kerajaan Negeri melalui kod akaun:57041 (Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri).

Katanya, tatacara pengurusan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri itu selaras dengan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

"Ia dilaksanakan mulai 2013. Berdasarkan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara pada 2 Ogos 2012, memutuskan semua Kerajaan Negeri menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957.

"Sehubungan itu, Kementerian Kewangan telah keluarkan garis panduan MARRIS. Sejak 2013 ia tidak lagi diperakaunkan di bawah Anggaran Hasil Tahunan Negeri.

"Oleh itu, dakwaan daripada Yang Berhormat Batang Kali itu adalah tidak benar dan mengelirukan," katanya.

Zaidy berkata, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor 2016 yang beraudit juga ada menyatakan baki Akaun Amanah MARRIS pada 31 Disember 2015 dan 31 Disember 2016 masing-masing berjumlah RM526,856,176.09 dan RM370,647,601.38 telah pun direkodkan.

Katanya, pada masa sama soalan berkaitan MARRIS sering diajukan secara mulut mahupun bertulis dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan sudah dijawab secara terperinci pada hampir setiap kali sidang DUN.

Mengenai peruntukan undang-undang Perkara 97 Kumpulan Wang Disatukan serta Seksyen 14 dan 15 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai membabitkan peruntukan MARRIS, Zaidy berkata, beliau perlu membuat semakan terhadap peruntukan undang-undang itu terlebih dahulu.



Sumber Kerajaan Negeri nafi tidak isytihar pemberian MARRIS


Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri nafi tidak isytihar pemberian MARRIS

Sekianlah artikel Kerajaan Negeri nafi tidak isytihar pemberian MARRIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :