Jurutera Menara Jam Al-Bait mahu lahir lebih ramai jurutera muda

Jurutera Menara Jam Al-Bait mahu lahir lebih ramai jurutera muda - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Jurutera Menara Jam Al-Bait mahu lahir lebih ramai jurutera muda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jurutera Menara Jam Al-Bait mahu lahir lebih ramai jurutera muda
link : Jurutera Menara Jam Al-Bait mahu lahir lebih ramai jurutera muda

Baca juga


Jurutera Menara Jam Al-Bait mahu lahir lebih ramai jurutera muda

MELAKA: Jurutera Malaysia yang melakar sejarah apabila terlibat dalam pembinaan Menara Jam Abraj Al-Bait di Mekah, Datuk Wan Nazri Wan Aria berhasrat untuk melahirkan lebih ramai jurutera muda profesional di negara ini.

Sehubungan itu, Wan Nazri, 37, merancang untuk menubuhkan sebuah firma penyelesaian kejuruteraan sebagai inisiatif membimbing jurutera muda di negara ini agar sebaris dengan jurutera profesional di luar negara.

Beliau berkata berdasarkan pengalamannya bekerja di Jerman, berkhidmat dengan syarikat di luar negara merupakan pengalaman yang amat berharga dalam membentuk diri seorang jurutera muda termasuk etika dan cara kerja.

"Jika kita duduk luar negara belajar ataupun bekerja maka kita boleh timba ilmu dan juga teknologi yang boleh kita bawa balik sini untuk dikongsi kepada generasi muda. Perkara itu amat penting dalam perkembangan sebagai seorang profesional," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Terdahulu, Wan Nazri menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2017 bersempena sambutan Hari Lahir Ke-79 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang disambut pada 13 Okt lepas.

Pada istiadat itu, seramai 477 orang menerima darjah, bintang dan pingat masing-masing hari ini didahului Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) membawa gelaran Datuk Wira.

Bapa kepada tiga orang anak itu turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Melaka atas penganugerahan itu yang sangat bermakna dalam hidupnya.

-- BERNAMA



Sumber Jurutera Menara Jam Al-Bait mahu lahir lebih ramai jurutera muda


Demikianlah Artikel Jurutera Menara Jam Al-Bait mahu lahir lebih ramai jurutera muda

Sekianlah artikel Jurutera Menara Jam Al-Bait mahu lahir lebih ramai jurutera muda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :