Jurulatih tempatan lebih baik

Jurulatih tempatan lebih baik - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Jurulatih tempatan lebih baik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jurulatih tempatan lebih baik
link : Jurulatih tempatan lebih baik

Baca juga


Jurulatih tempatan lebih baik

KUALA LUMPUR: Jika kualiti pemain negara diambil kira, pemilihan jurulatih tempatan mengisi jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya adalah paling tepat dan langkah itu dilihat lebih menguntungkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ketika ini, pemilihan Nelo Vingada mengendalikan pasukan negara hanya menjurus kepada keuntungan buat jurulatih dari Portugal itu.

Bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni berkata, jurulatih tempatan ada kelebihan daripada aspek lebih dekat dengan arena bola sepak di negara ini berbanding pengendali import yang pasti akan tersilap membuat andaian terhadap mana-mana pemain.

"Bagi seseorang jurulatih import, sebelum menerima sebarang jawatan di mana-mana negara, sudah pasti mereka melakukan kajian mengenai kualiti bola sepak di negara berkenaan.

"Dalam hal ini, dia (Vingada) pernah bekerja di Asia dan sudah pasti dia pun tahu sejauh mana bola sepak Malaysia. Mungkin dia terima jawatan ini disebabkan duit semata-mata.

"Bagi saya, dengan pemain yang kita ada sekarang, adalah lebih baik kita hanya melantik jurulatih tempatan. Mereka lebih kenal pemain malah kos juga tidak terlalu besar berbanding jurulatih luar negara.

"Sebagai contoh, jurulatih import tertarik dengan permainan dari negeri A yang dirasakan bagus untuk beraksi di peringkat antarabangsa, tetapi pada masa sama, jurulatih tempatan pasti lebih kenal permainan pemain berkenaan," katanya.

Semalam, Vingada menyatakan kesediaan melepaskan jawatan sekiranya langkah itu mampu menyelesaikan segala masalah yang membelenggu pasukan kebangsaan.

Kenyataan itu hadir sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas mengalami dua kekalahan 4-1 kepada Korea Utara pada kempen kelayakan Piala Asia 2019 di Buriram, Thailand.

Mengulas mengenai kesediaan Vingada, Bakri berkata jika benar jurulatih itu memiliki prinsip dan rasa tanggungjawab, dia sepatutnya melepaskan jawatan.

Bagaimanapun, Bakri berkata adalah tidak adil jika meletakkan kesalahan itu hanya kepada Vingada sebaliknya semua pihak termasuk FAM harus turut pikul tanggungjawab itu.

"Kalau dia (Vingada) seorang profesional, berprinsip dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku, dia kena ambil tanggungjawab dengan cara letak jawatan. Lepas secara sukarela, bukannya tunggu FAM pecat dan harapkan pampasan.

"Ini kerana, kalau dia kekal sekali pun, kariernya dan 'resume' dia juga akan rosak. Bukan dia saja, semua pihak termasuk FAM sebagai badan induk harus bertanggungjawab dengan mempertingkatkan pembangunan akar umbi," katanya.



Sumber Jurulatih tempatan lebih baik


Demikianlah Artikel Jurulatih tempatan lebih baik

Sekianlah artikel Jurulatih tempatan lebih baik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :