Jawatankuasa Kabinet perkasa penggunaan Bahasa Melayu ditubuhkan

Jawatankuasa Kabinet perkasa penggunaan Bahasa Melayu ditubuhkan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Jawatankuasa Kabinet perkasa penggunaan Bahasa Melayu ditubuhkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jawatankuasa Kabinet perkasa penggunaan Bahasa Melayu ditubuhkan
link : Jawatankuasa Kabinet perkasa penggunaan Bahasa Melayu ditubuhkan

Baca juga


Jawatankuasa Kabinet perkasa penggunaan Bahasa Melayu ditubuhkan

JITRA: Satu Jawatankuasa Kabinet bagi memperkasa penggunaan Bahasa Melayu dalam setiap urusan akan ditubuhkan dalam dua atau tiga minggu lagi.

Mengumumkan demikian, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mahdzir berkata, kementeriannya akan bertindak selaku urusetia jawatankuasa itu yang antara lain akan membincangkan penggunaan Bahasa Melayu dalam sistem perkhidmatan dan penyampaian di seluruh kementerian dan jabatan kerajaan.

"Ini untuk membolehkan penggunaan Bahasa Melayu itu dalam semua urusan dapat dikuat kuasakan. Itu satu jawatankuasa peringkat tertinggi.

"Barangkali mudahlah untuk kita membuat beberapa permohonan bagi membolehkan penggunaan Bahasa Melayu dalam setiap urusan dikuat kuasakan," katanya kepada pemberita selepas Program Wacana Intelektual Bersama Pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman dan IPG Kampus Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Selain itu, Mahdzir berkata jawatankuasa kabinet itu juga akan membincangkan penggubalan undang-undang sedia ada berkaitan Bahasa Melayu serta memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memantau penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan.

"Sekarang DBP menjadi tempat rujukan dan menasihati pihak terbabit dalam penggunaan bahasa yang betul. Kalau diletakkan satu undang-undang yang diluluskan (nanti), tindakan boleh diambil mengikut akta atau seksyen itu.

"Kalau tidak ikut (undang-undang itu) boleh dibawa ke mahkamah," katanya.

Terdahulu, Mahdzir dalam ucapannya berkata kementeriannya akan sentiasa melihat keperluan dan kepentingan IPG bagi memastikan bakal guru yang dilahirkan itu nanti berkualiti sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

-- BERNAMA



Sumber Jawatankuasa Kabinet perkasa penggunaan Bahasa Melayu ditubuhkan


Demikianlah Artikel Jawatankuasa Kabinet perkasa penggunaan Bahasa Melayu ditubuhkan

Sekianlah artikel Jawatankuasa Kabinet perkasa penggunaan Bahasa Melayu ditubuhkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: