Henti langgan Utusan, Berita Harian, cubaan tutup kelemahan pentadbiran Selangor

Henti langgan Utusan, Berita Harian, cubaan tutup kelemahan pentadbiran Selangor - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Henti langgan Utusan, Berita Harian, cubaan tutup kelemahan pentadbiran Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Henti langgan Utusan, Berita Harian, cubaan tutup kelemahan pentadbiran Selangor
link : Henti langgan Utusan, Berita Harian, cubaan tutup kelemahan pentadbiran Selangor

Baca juga


Henti langgan Utusan, Berita Harian, cubaan tutup kelemahan pentadbiran Selangor

TELUK INTAN: Tindakan kerajaan Selangor menghentikan langganan akhbar di bawah kumpulan Utusan Malaysia dan Berita Harian dianggap tidak profesional selain dilihat cuba menutup kelemahan pentadbirannya daripada pengetahuan umum.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan media merupakan medium yang berfungsi dalam memberi pengetahuan kepada masyarakat.

Katanya walaupun ada kemungkinan laporan berita yang disiarkan kurang tepat, perkara itu boleh diselesaikan mengikut pelbagai prosedur termasuk menerusi aspek perundangan.

"Kalau mereka tak lemah, kenapa takut? Walaupun ada laporan tak tepat, mereka boleh respons, mereka boleh komen dan kalaupun sampai ke peringkat melampau, mereka boleh ambil tindakan perundangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Arena Square Kospen, Kampung Kunci Air 4, Sungai Manik di sini, hari ini.

Khamis lepas, kerajaan Selangor mengarahkan semua jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri menghentikan langganan kedua-kedua akhbar berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Arahan itu dikeluarkan menerusi surat pekeliling yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Menurut Tajuddin, tindakan kerajaan kegeri Selangor itu juga dilihat sebagai cubaan untuk menafikan hak rakyat dalam mengetahui pelbagai isu di negeri tersebut.

Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak menegaskan rakyat di Selangor perlu menilai dan tidak sesekali terpengaruh dengan tindakan dangkal dilakukan kepimpinan negeri.

--BERNAMA



Sumber Henti langgan Utusan, Berita Harian, cubaan tutup kelemahan pentadbiran Selangor


Demikianlah Artikel Henti langgan Utusan, Berita Harian, cubaan tutup kelemahan pentadbiran Selangor

Sekianlah artikel Henti langgan Utusan, Berita Harian, cubaan tutup kelemahan pentadbiran Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: